Sunday, November 22, 2009

BERITA BERGAMBAR AKTIVITI TERKINI SURAU

Salam ukhuwwah kepada semua jemaah surau yang dikasihi sekalian.. berikut ini adalah beberapa aktiviti surau yang baru sahaja selesai kita laksanakan.

Saya berharap semoga makin banyak lagi aktiviti seumpama ini diadakan agar perpaduan dan persepakatan di antara kita akan terus bertambah erat.

1) Majlis akad nikah anak perempuan En. Jamaluddin bin Samsir pada 31 Oktober 2009 ( Sabtu). Diwakilkan kepada Ust. Salleh, Imam Masjid Sikamat, merangkap Pendaftar Nikah Kawasan Sikamat.

Ust Salleh : Macam mana ni wahai sekalian saksi..sah ke tak sah ?
Saksi 1 : Boleh la tu..

2) Pengurusan jenazah - memandi dan mengkafankan mayat.

Tarikh : 15 Nov 2009 ( Ahad ), jam 9.00 pagi - 12 tengah hari.

Encik Rahman diberikan penghormatan untuk dimandikan oleh rakan-rakan jemaah.

Jenazah En. Yus sedang dikafankan sebelum disemadikan buat selama-lamanya. Inilah perpisahan yang tak mungkin akan bertemu lagi di dunia ini..

3) Aqiqah anak bongsu En. Jauhari

Tarikh : 21 Nov 2009 ( Sabtu )

Bekerjasama menamatkan riwayat hidup seekor kambing jantan. Penyembelih : Ust Manas, kadi Jabatan Agama Islam Daerah Seremban.

4 comments:

  1. Salam.
    TAHNIAH kepada peserta dan penggerak. Mungkin lepas ni ada teori dan praktikal solat jenazah pula. Sebab seringkali bila ada kematian, masih ramai dari kalangan yang hadir tidak solat jenazah! Pesanan kepada tuan rumah; tak payahlah hulur 'envelop' pada orang yang solat jenazah tu. Masukkan aje amaunnya dalam tabung surau dsb...

    ReplyDelete
  2. alamak! gambar sy akad nikah ader kat sini juga ker? terima kasih kepada pihak surau ya...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum.. :-)
    eh3! x tanye pon.. ngeh3!
    neway.. akk cun sgt..
    tahniah kak! ><

    ReplyDelete