Wednesday, November 11, 2009

LEMBU YANG BERSYUKUR..

Posting seterusnya saya terima daripada Ust Kamal. Harap pembaca jgn nak salah tafsirkan moral cerita ini ke arah tafsiran yang negatif. Cerita ini bukan nak mengata kepada sesiapa, jauh lagi nak tuduh atau gelar orang lain sebagai lembu.. Cih..cerita lembu lagi !

Ust Kamal sengaja bawa cerita lembu sebab katanya, sekarang surau kita dah berjaya membawa penyertaan jemaah dlm ibadah korban kepada lembu ke-7. Alhamdulillah..semoga bertambah lagi rahmat, barakah dan rezeki penduduk BWP.

Cerita Ust Kamal pasal lembu ni, apabila beliau terkenangkan zaman kecilnya semasa di kampung..saya guna bahasa asal beliau, iaitu bahasa/loghat Terengganu..
Teringat waktu kecik2 dulu, time nak gi sekoloh, mesti aku lalu kot baruh padi..sebab, itulah jalang paling dekat dari rumah aku ke sekoloh.. Satu petang, aku balik dari ko-kurikulum..macam biasa sokmo, aku lalu kot jalang baruh padi..kadang2 naik basikal, kadang2 aku jalang kaki je sambil gurau dengang kawang2.. Aku dang kawang2 terkelih (terpandang) dua orang lelaki sedang tarik lembu dia bawak balik ke rumah..jauh gok rumah tu..dari baruh padi tu, aku kelih lembu tu..nyaknye sungguh..kena piat, kena tang, kena tago, kena sengjoh kuat2 sampai nok nangis rasanye..kesiang sungguh ke lembu tu..pokcik hok tua tu tarik tali hok wat ikat kat hidung lembu tu..anak dia pulok, ikut kot belakang, dok godang ke lembu tu..Gelepor lembu tu tera (try) nak cuba lari..tapi dok leh setarang..doh nok wat guane, tali tu pok dia pegang kuat sangat..

Pokcik dua beranok tu, dok paksa, heret lembu dia tu supaya balik ke kandang..doh nak garib (maghrib) doh..tamboh pulok masa tu hari nok hujang..mestilah kene balik. Akhir2, sampailah lembu tu kat kandang dia..Bila sampai aje kat kandang tu, tiba2 lembu tu nopat (melompat) suka hati..tahu bakpe? Sebab lembu tu tengok kat kandang tu bukang maing banyoknya ruput (rumput) ija-ija belaka..segor bukang maing lagi..Tuang dia bawok balik dari padang..Lembu tu pong, teruh masuk dalam kandang dang duduk bersila mengadap ke ruput fresh tu..Lepas je baca doa makang, lembu tu dok duli (peduli) doh kat tuang dia tadi..makang semakang-makangnya...Aduuh..terima kasih lah wahai tuang aku wehh..Aku dok marah setarang kalu mung tang aku tadi, buat kasar kat aku..sebab aku tahu mung nok bagi aku makang..Kalu gini sokmo-sokmo, kena tang renak-renak (tiap2) hari pong, dok ape..bereh !

Tuan-tuan,

Saya "pahang sikek-sikek" aje cerita tulisan Ust Kamal ni..tapi sekarang dah faham betul2. Moral cerita Ust Kamal ni, biarkanlah diri kita dipaksa, jika paksaan itu utk kebaikan diri kita sendiri di masa hadapan..Lebih jelas lagi, kalau ada orang cuba ajak atau ajak-ajak paksa kita ni supaya datang ke surau, solat jemaah, dengar kuliah agama, janganlah nak dimarah kepada orang tu..dia bukannya dapat upah pun buat kerja ajak kita kepada kebaikan ni..Upah mereka hanya pada ALlah SWT sahaja. Dan kita yang menolak ajakan orang ni..tanyalah diri sendiri..kenapa dan mengapa ?

Hati masih tak nak lembut lagi kah?

Ada lagi cerita pasal lembu..tapi tunggu dekat tarikh Raya Korban la..

Terima kasih..selamat berkorban !

No comments:

Post a Comment