Anak-anak adalah permata rumahtangga. Kelahiran mereka ke alam yang fana’ ini adalah anugerah Allah swt kepada kita sebagai ibu bapa atau pun penjaga. Anak-anak adalah cermin masa depan dan kelangsungan kehidupan dunia pada masa akan datang. Setiap keputusan dan tindakan yang akan kita ambil pada hari ini akan memberi impak yang cukup besar bukan sahaja kepada kita tetapi juga seluruh ahli keluarga,masyarakat dan juga negara.
Sewaktu mereka membesar, pengaruh sekeliling menjadi pendorong kepada mereka untuk dijadikan contoh dan tauladan. Menurut Pakar Psikologi Sigmund Freud, proses tumbesaran anak-anak dalam usia 1-6 tahun adalah waktu kritikal kerana mereka akan mencontohi setiap perlakuan dan tindakan berlaku disekeliling mereka. Oleh itu, sebahagian besar masyarakat dunia yang terpelajar telah menggunakan usia 1-6 tahun ini sebagai waktu yang penting untuk diterapkan sebarang bentuk ideologi, unsur keagamaan, bahasa, budaya dan perkembangan sahsiah.
Sebagai contoh, jawatankuasa pembangunan Olimpik negara China telah mewajibkan anak-anak negara berkenaan agar dihantar ke sekolah-sekolah latihan gimnastik dan lain-lain sukan yang berpotensi untuk mereka meraih kemenangan di dalam Sukan Olimpik yang berprestij itu. Bagi negara Jepun dan Korea pula, usia 1-6 tahun diperuntukkan secara percuma oleh kerajaan mereka untuk anak-anak ini mengikuti kelas-kelas kebudayaan, sastera dan perkembangan bahasa.
Lantaran itu, hendaklah kita menggunakan ruang dan peluang yang ada semasa anak-anak yang berusia 1-6 tahun ini untuk mereka mendalami ilmu-ilmu pengetahuan yang berguna kepada mereka apabila dewasa nanti. Kepada yang beragama Islam, sudah pasti usia 1-6 tahun adalah waktu yang sangat sesuai untuk kita menerapkan ilmu-ilmu agama dalam pelbagai aspek seperti solat, pembacaan Al-Quran, pembinaan sahsiah dan perkembangan pengetahuan yang meliputi hal-hal kerohanian dan kekeluargaan.
Sentiasa mendekati anak-anak dengan rasa kasih dan sayang. Pandanglah wajah mereka semasa kita berkata-kata atau menyampaikan sebarang maklumat. Pada masa yang sama, berilah masa untuk mereka menyuarakan sebarang pendapat, pandangan dan mungkin ketidakpuasan hati yang timbul di dalam kehidupan seharian mereka. Biar mereka menjelaskan sepuas-puasnya. Mungkin banyak perkara yang ditimbulkan tidak sealiran dengan pengetahuan dan pandangan kita sebagai orang tua namun pada masa kini, kita harus menerangkan kepada mereka akan sebab-sebab mengapa sesuatu perkara itu perlu diperbetulkan atau mengapa pandangan dan cadangan mereka tidak dapat dipenuhi.
Menyayangi anak-anak bukan sahaja bermakna mereka perlu dimanjakan dengan wang ringgit dan harta benda tetapi memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk bersama-sama kita, mendengar pandangan, masalah dan luahan hati mereka juga adalah sebahagian daripadanya. Luangkanlah masa emas kita untuk mereka agar satu hari nanti, mereka akan meluangkan masa emas mereka untuk kita pula. Semoga anak-anak kita akan sentiasa diberkati dan akan sentiasa mendoakan kita apabila kita telah tiada lagi nanti, Insya-Allah.
ampun maaf,
Cikgu Mohd. Saleh bin Ismail KB;PA
d/a No. 52, Jalan A3, Desa Delima, Bandar Warisan Puteri,
Kaunselor Berdaftar Sek. Men. Keb. Mantin, Negeri Sembilan Darul Khusus

No comments:
Post a Comment