Tuesday, November 17, 2009

IKTIBAR DARI KISAH IBU LEMBU

Pak Cad dan Hj. Zambrose sedang asyik menikmati teh dan sedikit kuih di kedai Pak Man (askar pencen) berhadapan dengan Surau Hadi. Sedang mereka rancak berbual bercerita mengenai kemajuan surau dan cabaran-cabaran getir yang sedang dialami, tiba-tiba kelihatan seekor ibu lembu berlari-lari sambil mengeboh. Tidak henti-henti bunyi suara si ibu lembu..

"Apasal pulak lembu ni? Riuh-rendah tak tentu pasal..Takut kena jadikan korban ke?"tanya Pak Cad kepada Hj. Zambrose sambil menarik sebatang rokok Surya.

Hj. Zambrose tidak menjawab pertanyaan Pak Cad, sebaliknya dia terus menikmati hisapan rokok Nusantara Hijaunya..

Suasana kembali sepi. Tiada orang lain ketika itu di kedai Pak Man. Tetapi, selang beberapa saat, datang lagi lembu tadi. Kali ini suara mengebohnya semakin kuat dengan nada seperti dalam kesedihan. Si lembu tadi berlari-lari masuk ke simpang Kedai Kalam lalu menghilangkan diri.

Pak Cad hanya sekadar memandang..tidak mahu bertanya lagi kerana tahu yang Hj. Zambrose tidak berminat bercakap pasal lembu. Lain lah kalau pasal olimpik..

Masa minum sudah sampai penghujungnya. Pak Cad harus segera pulang kerana terpaksa ke pasar pula untuk membeli bahan mentah untuk masakan dan lauk-pauk di gerai jualannya pada malam nanti.

Ketika selesai membayar harga minuman, dan hendak beredar menuju ke motosikal buruknya, Pak Cad sekali lagi terpandang si lembu tadi..Peliknya, si lembu itu tidak lagi riuh-rendah mengeboh seperti sebelumnya. Dan tidak lagi berlari-lari..

Pak Cad malas nak fikir pasal lembu itu kerana banyak lagi perkara lain yang perlu difikirkan. Pasal kambing untuk aqiqah anak si Jauhari, pasal pembelian alatan korban dan lain-lain lagi..

Pak Cad menghidupkan motosikalnya. Ketika bergerak perlahan meninggalkan Kedai Pak Man dan Hj. Zambrose yang masih belum mahu berganjak, Pak Cad berselisih dengan si ibu lembu tadi yang sedang berjalan perlahan. Ketika itu juga, Pak Cad menoleh ke sebelah kanannya dan terlihat seekor anak lembu berwarna coklat di belakang ibu lembu tadi..

Tiba-tiba sahaja hati Pak Cad sebak. Air mata mula bergenang di kelopak. Tanpa disedari, air matanya tidak dapat diseka lagi lalu terus mengalir membasahi kedua-dua pipinya..

"Ya ALlah..terima kasih kerana mengajar aku erti sebuah kasih sayang !"

Betapa kasihnya engkau wahai si ibu lembu terhadap anakmu..tetapi mengapa manusia yang berakal tidak dapat berbuat seperti engkau?

Ya..walaupun dari seekor lembu, kita dapat mempelajari sesuatu untuk dijadikan iktibar atau peringatan.

Murid Ustaz Zawawi
Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus.

1 comment:

  1. dunia ini sarat dengan pengajaran dan iktibar, Allah mencipta makhluknya bkn sia2, kadang2 Allah hendakkan kita berguru dgn anai-anai ttg sifat kerjasama antara satu sama lain yg boleh membina busut dlm masa 1 malam( bandingkan warga BWP yang saling tunjuk handal utk menjadi juara), atau bergurukan pokok semalu apabila disentuh terus menutup dedaunya utk selamatkan diri(bndingkan anak2gadis masa kini, makin diusik makin gatal,makin bukak..), atau bergurukan seekor anjing yang taat kpd Tuannya apabila diberi makanan dan minumannnya( bandingkan dgn manusia yg bernafas dgn udaranya, hidup diatas buminya, makan dan minum hasil ciptaannya, tp melupakan Tuannya apabila dipagari kemewahan, kesenangan, pangakat tinggi, anak isteri, hanya ingat pdNYA apabila dlm kesusahan, ditimpa bencana atau diambang kematian

    ReplyDelete