Tuesday, November 17, 2009

KERANAMU, LEMBU..

Tidak lama lagi, ummat Islam akan menyambut Raya Haji atau Raya Korban. Ketika ini, orang-orang kaya atau yang berduit serta faham tentang kelebihan berkorban pasti tidak akan melepaskan peluang untuk berkorban. Yang jadi mangsa dan patut dikasihani ialah golongan yang sederhana atau tidak berduit. Memanglah..siapa tak nak join ibadah korban ni..tapi apa nak buat, dah duitnya tak ada..sama seperti ibadah haji. Sebab itulah ibadah korban dan haji tidak diwajibkan kepada mereka yang tidak berkemampuan.

Dengar cerita, surau kita menerima 7 ekor lembu untuk dikorbankan. Alhamdulillah..nampaknya makin ramai yang mengerti dan memahami fadhilat korban ni..Setakat RM350 tu, insya' ALlah boleh dicari..lagi memudahkan jika dibuat kutipan ansuran bulanan spt yg dilakukan oleh Puteri Dahlia dan Puteri Emas. Tak adalah terkejut dan menggigil tangan apabila hulur sekali gus !

Cerita pasal lembu korban ni..baru-baru ini, dikhabarkan ada silap faham sedikit antara JK Surau dan individu yang berniat membantu mereka yang nak menyertai korban. Harap-harap tidaklah ia diperbesarkan dan dilanjutkan..Cuma silap teknik sahaja..Tiada sesiapa yang perlu dipersalahkan. Kalau ada yang nak dipersalahkan, salahkan kedua-dua pihak !

Takkan lah kerana lembu pun kita nak bermasam muka dan tidak bertegur sapa. Di mana pengorbanan kita untuk menyelamatkan keadaan? Apa salah dan hinanya jika kita mengalah atau berlembut semata-mata kerana nak elakkan drp berlakunya perpecahan sesama sendiri?

Janganlah kedua-dua pihak cuba nak bertegang leher. Saya bimbang jika dibiarkan perselisihan faham ini berlaku, ianya membawa kesan yang lebih buruk kepada jemaah yang ada..

Kalau lah masing-masing cuba nak tunjuk keras, tak nak mengalah..ertinya tak ada beza lah kita ni dengan binatang yang bakal nak dikorbankan tak lama lagi tu..

Ambillah pedoman ALlah dan bimbingan RasuluLlah dalam menyelesaikan kesilap-fahaman seperti ini..!

Mengkarung Padang Pasir

3 comments:

  1. akan saya dedahkan siapa tuan empunya badan yg bernama 'orang minyak','orang bunian' 'orang surau', 'waqfah'

    bila sampai masanya yg sesuai saya akan dedahkan, tentu tuan2 tidak percaya, terkejut beruk rasanya, rupa2nya musuh dalam selimut, bukan org luar pun, orang solat sama2 kat surau... nantikan pendedahannya secara eklusif di blog ini)

    mengikut informer saya, mereka ni org penting di taman kita dan mempunyai nama... tunggu dan lihat.. pasti tuan2 akan terkejut monyet, beruk, dan gorila..( pilih yg mana satu)

    ReplyDelete
  2. Tolong dedahkan secepat mungkin..saya dah tak tahan geram ni. Dah lama tak hentak kepala orang!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum warahmatullah...
    Lambat sangat pendedahan tu, UK dan UZ pun dah tahu dan bersembang dengan salah seorang dari OM, OB, OS dan WQ tu.
    Kalau tuan-tuan yang menulis ni betul-betul inginkan kebaikan untuk penduduk BWP melalui aktiviti surau, hubungi saya di talian 019-3322677. Saya sedang mengusahakan sesuatu ke arah tersebut. Harap sudi sambut pelawaan ini. Kita jumpa, bincang dan fikirkan pelaksanaannya, demi kebaikan ummah dan saham akhirat kita, Insya Allah. Banyak sudah luahan dicoretkan. Mari kita beramal pula... Sekurang-kurangnya boleh memberatkan neraca amal kita di akhirat kelak. Ya Rabb!
    Terima kasih. Wassalam
    --> Undangan ini untuk semua; AkUdAnDiA, MUK, ajk, OS, OB dll.

    ReplyDelete