Monday, November 16, 2009

BOLEHKAH LEMBU BERTUKAR MENJADI HARIMAU ?

Lihat The Star, 16 Nov 2009

Jawapannya : MUSTAHIL ! Mana boleh seekor lembu bertukar menjadi harimau? Lembu tetap lembu dan harimau tetap harimau. Bagaimana pula kalau lembu tu lembu jantan lalu kawin dengan harimau betina? Adakah akan lahir seekor LEMAU? Ntahlah..Wallahu A'lam !

Pagi ini, saya terperanjat apabila membaca satu berita yang berlaku di Kg. Rahmat, Chalok, Setiu, Terengganu( UK mesti kenal tempat ni..). Seorang peneroka yang sedang membersihkan ladang kelapa sawitnya, En. Jaafar Basok, dengan tidak semena-mena digigit tangan kirinya oleh seekor binatang 'karnivor' yang muncul dari semak di belakangnya sehingga terpaksa dimasukkan ke Hospital Tuanku Nur Zahirah, K. Terengganu. "Pakcik ingatkan harimau..tapi apabila pakcik toleh ke belakang, terperanjat pakcik..rupa-rupanya LEMBU !"

Sejak bila la pulak lembu bertransformasi menjadi harimau? Hish..ni dah masuk kes pelik bin ajaib ! Mungkin lembu tu ada masalah kot? Atau mungkin lembu itu terpandang pakcik Jaafar tu macam Orang Bunian (OB) ke, Orang Minyak (OM) ke..lalu diterkamnya (bukan niat nak gigit, tapi nak cium tangan..tanda hormat katakan..!)

Saya teringat satu pesanan dari UK dalam salah satu kuliahnya (bukan di Surau Al-Hidayah). Kata UK : "Walaupun kita ni HARIMAU, tak salah sekiranya kita sentiasa mengeboh (bersuara spt suara lembu), tapi jangan sekali-kali kita yang LEMBU ni asyik nak mengaum sahaja siang dan malam..Nanti orang akan kata kita ni LEMBU TAK SEDAR DIRI !

Tak faham ke maksud kata-kata UK tu? Jangan ada yang terasa hati pulak..Bukan nak mengata kepada siapa-siapa..Ini umum. Tapi dalam umum, ada pulak khasnya..Siapa makan cili tu, alahai..mintak maaf awal-awal lah ye..

Orang yang jahil dan suka berlagak, serupalah macam LEMBU TAK SEDAR DIRI tu..Asyik nak mengaum sahaja. Asal buka mulut nak bercakap aje..mesti mengaum punya..Tak kira topik yang dibualkan itu, kecil atau pun besar..Berbeza dengan orang berilmu..walaupun dia tu umpama HARIMAU, ditakuti dan digeruni orang, tetapi dia sentiasa merendahkan dirinya sehingga sama tarafnya mcm lembu.. ( tapi : LEMBU YANG SEDAR DIRI..)

Jadi, tanyalah diri sendiri, kita ni LEMBU SEDAR DIRI kah atau LEMBU TAK SEDAR DIRI? OM dan OB, tolong jawab, ye.. Terima kasih banyak-banyak sebab sudi dengar cerita saya.

The Return of Murid Ust Kamal (MUK)
Masih menunggu temujanji ke-2 dengan Orang Surau (OS)..

3 comments:

  1. yang pastinya OS tak akan jumpa MUK, sbb telornya dah masak separuh, tak berfungsi, nafsu nak lawan ada tp tak naik sebab telor beku.. masak separuh, ada macam tak ada

    ReplyDelete
  2. apa peliknya,
    kan sekarang ramai manusia lebih teruk dr binatang... cuba fikir
    manusia buang anak... anak bunuh mak...haruan makan anak...yang baik nampak buruk... yang buruk nampak baik... adat mengatasi ibadat...yang halal diharamkan...yang haram dihalalkan...yg tak boleh dibolehkan... yg boleh tak dibolehkan... adat dikatakan ibadat... agama di persendakan...artis menjadi idola ...arak berleluasa... zina bertebaran... anak bini tak tutup aurat...dedah sana...dedah sini... ngaku islam.. tp buta agama...buta quran...yang tahu islam itu hanya solat, puasa haji, selain dr tu entah apa... itu.. sebahagian situasi yg melayakkan manusia jd lombu yg tak sedar diri

    ReplyDelete
  3. Banyak benar kisah lembu yang diterima..tp elok juga..sebab tak lama lagi kita dah nak masuk Hari Raya Korban. Kambing-kambing tak terasa hati ke sebab tak ada pun cerita pasal kambing?

    ReplyDelete