Tuesday, November 10, 2009

SEANDAINYA LEMBU BISA BERBICARA

Dalam surah Al A’raaf ayat 179, Allah SWT menggambarkan ciri-ciri penghuni neraka Jahannam yang terdiri dari kalangan jin dan manusia. Allah SWT umpamakan mereka itu seperti binatang ternakan ( kerana mempunyai akal fikiran tetapi bertindak tidak berdasarkan fikiran yang betul), bahkan mereka lebih sesat daripada binatang ternakan( kerana haiwan tidak dikurniakan akal fikiran, sedangkan manusia dikurniakan akal fikiran untuk berfikir, tapi tidak menggunakannya untuk mengenali Tuhannya).

Antara cirri-ciri penghuni neraka Jahannam itu ialah:

1)mereka mempunyai hati , akal fikiran tapi tidak mahu berfikir ke arah kebenaran

2)mereka ada mata tapi buta dan membutakan dirinya untuk membezakan antara kebaikan dan kejahatan, kebenaran dan kebatilan, keimanan dan kesesatan,

3)mereka ada telinga tapi tuli, pekak untuk mendengar kebenaran dan kebaikan bahkan memekakkan telinga daripada mendengar nasihat, teguran, peringatan dan kebenaran

Allah SWT berfirman :

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيراً مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakannya terdiri daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu umpama binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Sebagai analoginya marilah kita sama-sama menghayati perbualan antara seekor lembu dengan tuannya. Perbualan ini berlaku kerana sang lembu ingin mengetahui banyak perkara yang berlaku kepada tuannya:

Sang lembu : Tuan, sudikah tuan menjawab beberapa persoalan yang sering datang dan pergi dalam fikiranku?

Tuan lembu : Silakan wahai lembuku.

Sang lembu : soalan pertama, apa makanan manusia, dan apa sumber makanan mereka?

Tuan lembu : makanan manusia terdiri daripada makanan yang berzat, halal dan tayyiban (baik) yang terdiri daripada sayur-sayuran , buah-buahan daging, ikan , ayam dan sebagainya.

Sang lembu: ooo.., amat berbeza dengan kami, makanan kami hanya rumput dan daun kayu, halal atau haram kami tak kisah, yang penting perut kami kenyang. Rumput orang, rumput kami juga. Semuanya boleh kami telan. Boleh tuan terangkan bagaimana manusia berkahwin?

Tuan lembu: manusia lelaki akan berkahwin dengan manusia perempuan, orang lelaki dibenarkan kahwin 4 orang dalam satu masa. Tidak dibenarkan zina, liwat dan yang sewaktu dengannya.

Sang lembu : nasib baik kami dijadikan sebagai lembu, kalau tak… teruk nasib kami semua, lembu jantan tidak dihadkan bilangan lembu betina, siapa kuat dia dapat, setakat ni.. ‘isteri’ saya dah 100 orang, Kami tak kisah milik siapa, kalau kami nak kami ‘ makan’ je, semuanya HALAL bagi kami..

Sang lembu terus bersoal jawab dengan tuannya , sambil matahari sedang condong menuju ke rumahnya, tiba-tiba kedengaran dari Surau al Hidayah laungan azan yang dilaungkan oleh bilal sepenuh masa, abang Arsyad. Jarak surau dengan tempat perbualan mereka hanya 30 meter saja . Azan yang dilaungkan sungguh lunak memecah keheningan petang selepas hujan renyai-renyai dan dapat didengari oleh penduduk taman. Lalu sang lembu bertanya tuannya:

Sang lembu : Tuan, sungguh sedap suara tersebut, tiap kali bila mendengarnya aku rasa gembira tapi alangkah sedihnya, aku tidak mengerti..

Tuan lembu : itu… suara azan.

Sang lembu : untuk apa azan dilaungkan sebegitu kuat?

Tuan lembu : untuk mengajak orang-orang islam solat berjemaah.

Sang lembu : apa itu solat berjemaah?

Tuan lembu : solat berjemaah itu sunnah nabiku, pahalanya 27 kali ganda lebih baik dari solat sendirian dan banyak lagi kelebihannya

Sang lembu: banyaknya pahala, beruntunglah tuan, buat satu perkara, ganjarannya dilipatgandakan hingga menjadi 27 kali ganda, elok lah tuan pergi ke surau untuk merebut ganjaran yang berlipat ganda tu..saya pun dah keletihan mencari rezeki sepanjang hari, lagi pun saya ingin berehat di kandang, malam sudah tiba.

Tuan lembu: aku ada masalah ni, tak boleh pergi surau…. lagi pun….bla…bla..(lalu tuan lembu memberi pelbagai alasan untuk menghalalkan tindakannya tidak pergi ke surau satu persatu untuk menyakinkan lembunya.

Sang lembu mengangguk kepalanya tanda faham sambil berkata dalam hatinya : ‘ pandai sungguh tuan aku ini ‘auta’ dengan aku, dia tahu pahala solat jemaah lebih banyak, tapi dia tak buat, maknanya tuan aku ni macam aku juga, atau lebih teruk daripada aku… aku pun tiada jawapannya…

Sang lembu minta izin daripada tuannya untuk pergi sambil kepalanya berfikir ‘aku atau manusia yang terlebih bodoh, aku tidak ada akal , aku hanya ada nafsu, aku tidak diperintahkan solat jemaah, manusia diperintahkan, mereka ada akal, mereka belajar tinggi2 sampai universiti , mungkin aku BODOH , TAPI MANUSIA.. BODOH SOMBONG !! Agaknya kenapa mereka tidak menggunakan kelebihan itu.!!!

Moral cerita: manusia lebih teruk daripada binatang sekiranya manusia tidak menggunakan kelebihan yang ada pada dirinya ke arah jalan yang diredhai Allah SWT.

ABUBASYIIRAH 09

1 comment:

  1. kenape susah sgt nak faham
    cerita di atas hanya ditujukan kpd yg ada telinga tapi tuli, pekak: dengar azan 5 kali dari surau tapi tak pergi pun, sedangkan Allah panggil melalui tukang azan hayya alassolah( marilah solat) hayya alal falah( marilah menuju kejayaan), tp tak diendahkan, bahkan buat2 tak tahu je, tanpa ada sebarang sebab yg munasabah.
    ustaz bagi nasihat, teguran langsung tak masuk ke dalam hati, wpun ada hati, ini kerana hati mereka sarat dgn dosa sehingga menghalang drpd menerima kebenaran, sama dengan cermin yg kotor tidak akan memperlihatkan tuannya yg hensem.

    juga ditujukan kepada orang ada mata, celik tapi buta utk melihat kebenaran

    tp , kenape orang bunian terasa, orang minyak terasa, orang surau terasa, artikel diatas tiada kaitan dengan org yg ada alasan kukuh utk tidak ke surau(ALLAH saja yg tahu). jd kepada yg bercita2 utk memekakan telinganya drpd mdgr kebenaran, berniat membutakan hati dan mata melihat kebaikan, ingatlah amaran Allah, kalau kamu buat, kamu sama binatang, atau lebih teruk dr binatang, kasar ke bahasa tu,kalau kasar tanya Allah nape dia guna bahasa kasar, tak puashati, ajak Allah berdebat... kot2 korang menang

    ReplyDelete