Thursday, November 12, 2009

TAWARAN SEBAGAI PENGKULIAH AGAMA

Memandangkan Surau Al-Hidayah kini mengalami kekosongan Pengkuliah Agama, tawaran adalah dialu-alukan kepada sesiapa yang mempunyai kelayakan dan ilmu (tak mengapa kalau tak ada tauliah pun) untuk memberikan sumbangan dan curahan ilmu kepada jemaah di sini.

Kekosongan yang berlaku ialah pada :

Kuliah Maghrib : Sabtu malam Ahad (Ust Hj. Kamal) , Rabu malam Khamis ( Ust Hj. Zawawi) dan Kuliah Subuh Hari Sabtu dan Hari Ahad ( Ust Hj. Kamal )

Keutamaan adalah kepada ustaz-ustaz anak tempatan Negeri Sembilan, Negeri Beradat !

Sila berhubung dengan Ust Hj. Shafie (Pengerusi Surau) atau Cikgu Hussin Yaakop (SU Surau).

Terima kasih !!

"..maka, bergelak-ketawalah syaitan-syaitan serta konco-konconya apabila melihatkan sinar Islam kembali malap dan akhirnya terpadam buat selamanya.. Takziah !" [ pinjam kata-kata Hj. Zambrose Abd Rahman ]

6 comments:

  1. Salam.
    Tawaran ni memang betul atau nak puaskan hati sebahagian orang?

    ReplyDelete
  2. Tolong panjangkan iklan ini kepada rakan-rakan kita spt Orang Minyak, Orang Bunian dan Orang Surau. Saya rasa mereka lebih layak utk mengajar agama di surau kita krn mereka mempunyai method dakwah yg lebih baik drp ust2 kita yang ada sekarang..

    ReplyDelete
  3. Dah puas hati la tu, ye? Saya harap Orang Minyak, Orang Bunian dan Orang Surau masing-masing bertanggungajawab di atas apa yg berlaku di surau kita sekarang. Apa korang tunggu lagi? Dah tahu ada jawatan kosong kat surau tu, apply aje lah. Itu hari kata ada mcm2 strategi dan method dakwah yg lebih baik dr ust yg sedia ada? Buktikanlah.. Ust Kamal dan Ust Zawawi dah beri laluan kpd kamu semua..

    Satu lagi, di mana ustaz2 N9 yg nak isi kekosongan imam surau tu? Jgn buat2 pekak pulak..kami di surau dah tak kepala ni..

    ReplyDelete
  4. iklan ni sebagaimana tertera

    kpd orang minyak, orang bunian, waqfah dan orang surau (atau 4 nama tuan satu) mcm hantu ada byk nama hakikatnya perosak kpd manusia

    ReplyDelete
  5. Salam.
    Apa yang saya faham, pihak yang bertanggung (PYB)sehingga UK dan UZ dikhabarkan menarik diri dari memberi kuliah dan aktif di surau perlu mencari pengganti yang sesuai. Kalau tidak, PYB telah mengkhianati ahli jemaah surau BWP yang dahagakan ilmu.
    Mungkin pada anggapan PYB, UK dan UZ telah melakukan kesilapan dan perlu diperbetulkan. Kita mesti ingat, antara kaedah mencegah kemungkaran ialah jangan sampai membawa kepada kemungkaran / mudarat yang lebih besar lagi.
    Jika PYB benar-benar ikhlas semasa membuat kritikan, jom sama-sama kita perbaiki keadaan.
    Sama-samalah kita insafi kelemahan diri sendiri tanpa menafikan kelebihan orang lain demi menegakkan kalimah Allah...
    Jumpa malam ni dalam Kuliah Hadis 40, insya Allah.
    Sekian, salam hormat dari saya.

    ReplyDelete