Friday, November 27, 2009

SELAMAT BERKORBAN


Pagi tadi, sebaik selesai sahaja solat Eid Adha yang diimamkan oleh Ust Hj. Shafie, pengerusi Surau, lebih tepatnya pada jam 8.45 pagi, telah berlangsung acara menumbangkan 7 ekor lembu yang dijadikan korban pada tahun ini.

Semua lembu berjaya dikorbankan oleh 3 pakar penyembelih, iaitu Ust Manas, Ust Hj. Hishamuddin dan Ust Hj. Zawawi. Majlis korban pada hari ini berakhir tepat jam 12.30 tengah hari, tidak melibatkan sesi sebelah petang seperti mana yang dirancangkan sebelum ini. Amat menakjubkan kerana semuanya dapat diselesaikan sebelum solat Jumaat. Inilah berkat kerjasama dan semangat bantu-membantu yang sedia terpupuk di dalam hati setiap peserta dan pekerja.

Dalam pada itu, ada sesuatu yang melucukan apabila lembu yang terakhir (lembu ke-7) menunjukkan sikap agresifnya dengan melompat dan menerjah pagar kawat surau menyebabkan riwayatnya terpaksa ditamatkan di tepi jalan, tidak di dalam kawasan surau..

Apa-apa pun, syabas dan tahniah kepada semua yang hadir dan memberikan kerjasama, termasuk kaum ibu dan anak-anak kecil yang turut sama memeriahkan lagi suasana hari raya pada hari ini.

Penutup kata, jangan lupa, bahawa masa untuk kita terus bertakbir belum lagi berhenti sebaik selepas acara korban pagi tadi. Penuhkan masa kita dengan memperbanyakkan bertakbir sehingga ke petang hari ke-13 Zulhijjah (Ahad- 30 Nov 2009).

Selamat menyambut Hari Raya Adha..

Sunday, November 22, 2009

BERITA BERGAMBAR AKTIVITI TERKINI SURAU

Salam ukhuwwah kepada semua jemaah surau yang dikasihi sekalian.. berikut ini adalah beberapa aktiviti surau yang baru sahaja selesai kita laksanakan.

Saya berharap semoga makin banyak lagi aktiviti seumpama ini diadakan agar perpaduan dan persepakatan di antara kita akan terus bertambah erat.

1) Majlis akad nikah anak perempuan En. Jamaluddin bin Samsir pada 31 Oktober 2009 ( Sabtu). Diwakilkan kepada Ust. Salleh, Imam Masjid Sikamat, merangkap Pendaftar Nikah Kawasan Sikamat.

Ust Salleh : Macam mana ni wahai sekalian saksi..sah ke tak sah ?
Saksi 1 : Boleh la tu..

2) Pengurusan jenazah - memandi dan mengkafankan mayat.

Tarikh : 15 Nov 2009 ( Ahad ), jam 9.00 pagi - 12 tengah hari.

Encik Rahman diberikan penghormatan untuk dimandikan oleh rakan-rakan jemaah.

Jenazah En. Yus sedang dikafankan sebelum disemadikan buat selama-lamanya. Inilah perpisahan yang tak mungkin akan bertemu lagi di dunia ini..

3) Aqiqah anak bongsu En. Jauhari

Tarikh : 21 Nov 2009 ( Sabtu )

Bekerjasama menamatkan riwayat hidup seekor kambing jantan. Penyembelih : Ust Manas, kadi Jabatan Agama Islam Daerah Seremban.

Tuesday, November 17, 2009

KERANAMU, LEMBU..

Tidak lama lagi, ummat Islam akan menyambut Raya Haji atau Raya Korban. Ketika ini, orang-orang kaya atau yang berduit serta faham tentang kelebihan berkorban pasti tidak akan melepaskan peluang untuk berkorban. Yang jadi mangsa dan patut dikasihani ialah golongan yang sederhana atau tidak berduit. Memanglah..siapa tak nak join ibadah korban ni..tapi apa nak buat, dah duitnya tak ada..sama seperti ibadah haji. Sebab itulah ibadah korban dan haji tidak diwajibkan kepada mereka yang tidak berkemampuan.

Dengar cerita, surau kita menerima 7 ekor lembu untuk dikorbankan. Alhamdulillah..nampaknya makin ramai yang mengerti dan memahami fadhilat korban ni..Setakat RM350 tu, insya' ALlah boleh dicari..lagi memudahkan jika dibuat kutipan ansuran bulanan spt yg dilakukan oleh Puteri Dahlia dan Puteri Emas. Tak adalah terkejut dan menggigil tangan apabila hulur sekali gus !

Cerita pasal lembu korban ni..baru-baru ini, dikhabarkan ada silap faham sedikit antara JK Surau dan individu yang berniat membantu mereka yang nak menyertai korban. Harap-harap tidaklah ia diperbesarkan dan dilanjutkan..Cuma silap teknik sahaja..Tiada sesiapa yang perlu dipersalahkan. Kalau ada yang nak dipersalahkan, salahkan kedua-dua pihak !

Takkan lah kerana lembu pun kita nak bermasam muka dan tidak bertegur sapa. Di mana pengorbanan kita untuk menyelamatkan keadaan? Apa salah dan hinanya jika kita mengalah atau berlembut semata-mata kerana nak elakkan drp berlakunya perpecahan sesama sendiri?

Janganlah kedua-dua pihak cuba nak bertegang leher. Saya bimbang jika dibiarkan perselisihan faham ini berlaku, ianya membawa kesan yang lebih buruk kepada jemaah yang ada..

Kalau lah masing-masing cuba nak tunjuk keras, tak nak mengalah..ertinya tak ada beza lah kita ni dengan binatang yang bakal nak dikorbankan tak lama lagi tu..

Ambillah pedoman ALlah dan bimbingan RasuluLlah dalam menyelesaikan kesilap-fahaman seperti ini..!

Mengkarung Padang Pasir

SELAMAT HARI RAYA HAJI !

Assalamualaikum dan salam Aidil Adha..,

Insya'ALlah, kalau panjang umur..minggu depan kita akan sama-sama menyambut satu lagi hari raya bagi ummat Islam, iaitu Hari Raya Adha. Selain dikenali dengan nama Eid Adha, ia juga kadang-kadang dipanggil Hari Nahar atau Raya Korban. Tetapi paling kerap disebut ialah Raya Haji.

Ketika Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Yathrib (kemudiannya di tukar nama kepada Madinah Al-Munawwarah), Nabi SAW melihat orang-orang Yahudi dan penduduk asal Madinah yang bukan Islam sedang menyambut hari kebesaran. Salah seorang sahabat bertanyakan Nabi : "Wahai Rasulullah, kita tak ada sambut hari kebesaran apa-apa ke?". Maka jawab Nabi SAW : "Sesungguhnya ALlah SWT telah menggantikan bagi kamu dua hari raya yang sangat mulia-iaitu Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Korban"

Ini bermakna ummat Islam hanya ada dua hari kebesaran sahaja yang diiktiraf oleh ALlah dan RasulNya. Tetapi bagaimana pula dengan sambutan hari kebesaran lain seperti Maulidur Rasul, Awwal Muharram, Nisfu Sya'ban, Isra' Mi'raj, Awal Ramadhan dan seumpamanya? Mengenai hari-hari tersebut, saya tak bercadang nak ulas di dalam posting kali ini. Saya serahkan kepada ustaz-ustaz lain untuk menjelaskannya. ( Mungkin ustaz Orang Minyak boleh tolong jelaskan )

Antara dua hari raya ini, mana satu yang paling hebat, paling wajar kita raikan secara besar-besaran? Raya Puasakah atau Raya Haji?

Bagi kebanyakan kita di Malaysia, Raya Puasa lah disambut dengan meriah. Kadang-kadang tu, puasa baru tiga hari, TV dah galak siarkan iklan dan lagu-lagu raya. Begitu juga dengan pusat beli dan blah..ada macam-macam promosi..pra-raya lah, jualan mega Syawwal dan sebagainya lagi. Tapi, berapa hari kita menyambut Raya Puasa sebenarnya? Satu bulan kah? Atau cuma satu hari sahaja?

Hari Raya Puasa atau Eid Fitri ini cuma satu hari sahaja tempoh sambutannya. Yang kata Raya Enam itu, sebenarnya bukanlah Raya Enam, tapi Puasa Enam Hari Dlm Syawwal( tolong dibetulkan salah faham ni)..

Begitu juga dengan tempoh masa bertakbir. Ummat Islam disunatkan bertakbir raya bermula Maghrib 1 Syawwal (selepas berbuka puasa pada hari terakhir Ramadhan) hinggalah keesokan harinya, iaitu sebelum dimulakan solat Hari Raya Fitrah. Selepas solat raya, tidak ada lagi takbir tersebut.

Manakala Raya Haji pula, sambutannya adalah selama 4 hari bermula 10 hingga 13 Zulhijjah dan kita disunatkan bertakbir selama tempoh tersebut..

Malangnya, kita yang tak berapa faham ni lebih mengutamakan Raya Puasa drpd Raya Haji. Sebab itu, ada di kalangan kita yang tak begitu seronok menyambut Raya Haji ni. Ada yang beri alasan bahawa Raya Haji ni hanya untuk saudara kita yang buat haji kat Makkah sahaja.

Cuba perhatikan..ada tak iklan di TV yang memeriahkan suasana Raya Haji ni? Lagu Raya Haji pun susah nak didengari..Setahu saya, hanya lagu "Panggilan Haji" itu sahaja yang kerap kita dengar. Pusat beli dan blah ada tak buat promosi jualan murah sempena Raya Haji ? Atau..ada tak di antara kita yang menempah baju melayu/ baju raya atau bersengkang mata buat kuih semata-mata kerana nak sambut Raya Haji?

Kaifiat Solat Raya Haji tidak ada bezanya dengan solat Raya Puasa, cuma yang berbeza ialah pada kandungan khutbah..dan beberapa adab sebelum dan selepas solat..Bagi solat Raya Puasa, kita disunatkan melewatkannya manakala solat Raya Haji sunat disegerakan.

Dalam menghadiri solat Raya ini, ianya tidak terhad kepada golongan yang tertentu sahaja. Bahkan wanita yang uzur pun digalakkan hadir sama. Solat Hari Raya lebih disukai sekiranya dilakukan di kawasan tanah lapang seperti di padang dan seumpamanya.

Selamat menyambut Hari Raya Korban !

UK,
17 Nov 2009

IKTIBAR DARI KISAH IBU LEMBU

Pak Cad dan Hj. Zambrose sedang asyik menikmati teh dan sedikit kuih di kedai Pak Man (askar pencen) berhadapan dengan Surau Hadi. Sedang mereka rancak berbual bercerita mengenai kemajuan surau dan cabaran-cabaran getir yang sedang dialami, tiba-tiba kelihatan seekor ibu lembu berlari-lari sambil mengeboh. Tidak henti-henti bunyi suara si ibu lembu..

"Apasal pulak lembu ni? Riuh-rendah tak tentu pasal..Takut kena jadikan korban ke?"tanya Pak Cad kepada Hj. Zambrose sambil menarik sebatang rokok Surya.

Hj. Zambrose tidak menjawab pertanyaan Pak Cad, sebaliknya dia terus menikmati hisapan rokok Nusantara Hijaunya..

Suasana kembali sepi. Tiada orang lain ketika itu di kedai Pak Man. Tetapi, selang beberapa saat, datang lagi lembu tadi. Kali ini suara mengebohnya semakin kuat dengan nada seperti dalam kesedihan. Si lembu tadi berlari-lari masuk ke simpang Kedai Kalam lalu menghilangkan diri.

Pak Cad hanya sekadar memandang..tidak mahu bertanya lagi kerana tahu yang Hj. Zambrose tidak berminat bercakap pasal lembu. Lain lah kalau pasal olimpik..

Masa minum sudah sampai penghujungnya. Pak Cad harus segera pulang kerana terpaksa ke pasar pula untuk membeli bahan mentah untuk masakan dan lauk-pauk di gerai jualannya pada malam nanti.

Ketika selesai membayar harga minuman, dan hendak beredar menuju ke motosikal buruknya, Pak Cad sekali lagi terpandang si lembu tadi..Peliknya, si lembu itu tidak lagi riuh-rendah mengeboh seperti sebelumnya. Dan tidak lagi berlari-lari..

Pak Cad malas nak fikir pasal lembu itu kerana banyak lagi perkara lain yang perlu difikirkan. Pasal kambing untuk aqiqah anak si Jauhari, pasal pembelian alatan korban dan lain-lain lagi..

Pak Cad menghidupkan motosikalnya. Ketika bergerak perlahan meninggalkan Kedai Pak Man dan Hj. Zambrose yang masih belum mahu berganjak, Pak Cad berselisih dengan si ibu lembu tadi yang sedang berjalan perlahan. Ketika itu juga, Pak Cad menoleh ke sebelah kanannya dan terlihat seekor anak lembu berwarna coklat di belakang ibu lembu tadi..

Tiba-tiba sahaja hati Pak Cad sebak. Air mata mula bergenang di kelopak. Tanpa disedari, air matanya tidak dapat diseka lagi lalu terus mengalir membasahi kedua-dua pipinya..

"Ya ALlah..terima kasih kerana mengajar aku erti sebuah kasih sayang !"

Betapa kasihnya engkau wahai si ibu lembu terhadap anakmu..tetapi mengapa manusia yang berakal tidak dapat berbuat seperti engkau?

Ya..walaupun dari seekor lembu, kita dapat mempelajari sesuatu untuk dijadikan iktibar atau peringatan.

Murid Ustaz Zawawi
Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Monday, November 16, 2009

HIDUPLAH DENGAN PENUH KASIH SAYANG

Salah satu daripada nama-nama ALlah yang Mulia ialah Ar-Rahim iaitu Yang Maha Penyayang. ALlah yang bersifat dgn sifat Rahim ini telah memerintahkan kita (manusia) supaya hidup dengan penuh kasih sayang. Dialah yang menjadikan manusia hidup berpasang-pasangan (suami-isteri) dan memasukkan ke dalam hati mereka perasaan cinta dan kasih sayang ( mawaddah wa rahmah)..

Dengan setiap orang hidup bersandarkan kasih sayang, sudah pasti kehidupan kita di dunia ini akan aman, harmoni dan sejahtera. Tiada lagi perasaan dengki, cemburu, khianat, tuduh-menuduh, fitnah-memfitnah dan seumpamanya..

Kerana adanya kasih dan sayanglah, kita berusaha bersungguh-sungguh mengajak saudara-saudara kita yang masih lena dibuai keindahan duniawi agar dapat mereka ini menyertai kita memakmurkan rumah-rumah ALlah dan menambahkan lagi ilmu agama..semua ini kita lakukan kerana kita sayangkan saudara-saudara kita..kita tidak mahu mereka berterusan diperdaya dan disesatkan oleh syaitan dan konco-konconya..kita tak mahu sama sekali melihat rakan atau saudara kita kelak diazab, dibakar dan dibolak-balikkan jasadnya di atas api yang membara..

Jika tiada rasa kasih atau sayang seumpama itu, tentulah kita akan berkata : Pedulikanlah mereka..biarkan mereka dengan kesesatan mereka..Kelak, di hari akhirat, padan muka mereka !
Apakah itu yang kita mahukan? Sudah tentu tidak..Oleh itu, tunjukkanlah bukti kasih sayang kita dengan tidak berputus asa mengajak 'mereka' ini ke jalan yang diredhai ALlah SWT !

Tanpa Nama,
Pastinya..saya bukan OM, OB mahu pun OS !

BOLEHKAH LEMBU BERTUKAR MENJADI HARIMAU ?

Lihat The Star, 16 Nov 2009

Jawapannya : MUSTAHIL ! Mana boleh seekor lembu bertukar menjadi harimau? Lembu tetap lembu dan harimau tetap harimau. Bagaimana pula kalau lembu tu lembu jantan lalu kawin dengan harimau betina? Adakah akan lahir seekor LEMAU? Ntahlah..Wallahu A'lam !

Pagi ini, saya terperanjat apabila membaca satu berita yang berlaku di Kg. Rahmat, Chalok, Setiu, Terengganu( UK mesti kenal tempat ni..). Seorang peneroka yang sedang membersihkan ladang kelapa sawitnya, En. Jaafar Basok, dengan tidak semena-mena digigit tangan kirinya oleh seekor binatang 'karnivor' yang muncul dari semak di belakangnya sehingga terpaksa dimasukkan ke Hospital Tuanku Nur Zahirah, K. Terengganu. "Pakcik ingatkan harimau..tapi apabila pakcik toleh ke belakang, terperanjat pakcik..rupa-rupanya LEMBU !"

Sejak bila la pulak lembu bertransformasi menjadi harimau? Hish..ni dah masuk kes pelik bin ajaib ! Mungkin lembu tu ada masalah kot? Atau mungkin lembu itu terpandang pakcik Jaafar tu macam Orang Bunian (OB) ke, Orang Minyak (OM) ke..lalu diterkamnya (bukan niat nak gigit, tapi nak cium tangan..tanda hormat katakan..!)

Saya teringat satu pesanan dari UK dalam salah satu kuliahnya (bukan di Surau Al-Hidayah). Kata UK : "Walaupun kita ni HARIMAU, tak salah sekiranya kita sentiasa mengeboh (bersuara spt suara lembu), tapi jangan sekali-kali kita yang LEMBU ni asyik nak mengaum sahaja siang dan malam..Nanti orang akan kata kita ni LEMBU TAK SEDAR DIRI !

Tak faham ke maksud kata-kata UK tu? Jangan ada yang terasa hati pulak..Bukan nak mengata kepada siapa-siapa..Ini umum. Tapi dalam umum, ada pulak khasnya..Siapa makan cili tu, alahai..mintak maaf awal-awal lah ye..

Orang yang jahil dan suka berlagak, serupalah macam LEMBU TAK SEDAR DIRI tu..Asyik nak mengaum sahaja. Asal buka mulut nak bercakap aje..mesti mengaum punya..Tak kira topik yang dibualkan itu, kecil atau pun besar..Berbeza dengan orang berilmu..walaupun dia tu umpama HARIMAU, ditakuti dan digeruni orang, tetapi dia sentiasa merendahkan dirinya sehingga sama tarafnya mcm lembu.. ( tapi : LEMBU YANG SEDAR DIRI..)

Jadi, tanyalah diri sendiri, kita ni LEMBU SEDAR DIRI kah atau LEMBU TAK SEDAR DIRI? OM dan OB, tolong jawab, ye.. Terima kasih banyak-banyak sebab sudi dengar cerita saya.

The Return of Murid Ust Kamal (MUK)
Masih menunggu temujanji ke-2 dengan Orang Surau (OS)..

Thursday, November 12, 2009

MENYAYANGI ANAK-ANAK : MENDENGAR DAN MELIHAT MEREKA

Anak-anak adalah permata rumahtangga. Kelahiran mereka ke alam yang fana’ ini adalah anugerah Allah swt kepada kita sebagai ibu bapa atau pun penjaga. Anak-anak adalah cermin masa depan dan kelangsungan kehidupan dunia pada masa akan datang. Setiap keputusan dan tindakan yang akan kita ambil pada hari ini akan memberi impak yang cukup besar bukan sahaja kepada kita tetapi juga seluruh ahli keluarga,masyarakat dan juga negara.

Sewaktu mereka membesar, pengaruh sekeliling menjadi pendorong kepada mereka untuk dijadikan contoh dan tauladan. Menurut Pakar Psikologi Sigmund Freud, proses tumbesaran anak-anak dalam usia 1-6 tahun adalah waktu kritikal kerana mereka akan mencontohi setiap perlakuan dan tindakan berlaku disekeliling mereka. Oleh itu, sebahagian besar masyarakat dunia yang terpelajar telah menggunakan usia 1-6 tahun ini sebagai waktu yang penting untuk diterapkan sebarang bentuk ideologi, unsur keagamaan, bahasa, budaya dan perkembangan sahsiah.

Sebagai contoh, jawatankuasa pembangunan Olimpik negara China telah mewajibkan anak-anak negara berkenaan agar dihantar ke sekolah-sekolah latihan gimnastik dan lain-lain sukan yang berpotensi untuk mereka meraih kemenangan di dalam Sukan Olimpik yang berprestij itu. Bagi negara Jepun dan Korea pula, usia 1-6 tahun diperuntukkan secara percuma oleh kerajaan mereka untuk anak-anak ini mengikuti kelas-kelas kebudayaan, sastera dan perkembangan bahasa.

Lantaran itu, hendaklah kita menggunakan ruang dan peluang yang ada semasa anak-anak yang berusia 1-6 tahun ini untuk mereka mendalami ilmu-ilmu pengetahuan yang berguna kepada mereka apabila dewasa nanti. Kepada yang beragama Islam, sudah pasti usia 1-6 tahun adalah waktu yang sangat sesuai untuk kita menerapkan ilmu-ilmu agama dalam pelbagai aspek seperti solat, pembacaan Al-Quran, pembinaan sahsiah dan perkembangan pengetahuan yang meliputi hal-hal kerohanian dan kekeluargaan.

Sentiasa mendekati anak-anak dengan rasa kasih dan sayang. Pandanglah wajah mereka semasa kita berkata-kata atau menyampaikan sebarang maklumat. Pada masa yang sama, berilah masa untuk mereka menyuarakan sebarang pendapat, pandangan dan mungkin ketidakpuasan hati yang timbul di dalam kehidupan seharian mereka. Biar mereka menjelaskan sepuas-puasnya. Mungkin banyak perkara yang ditimbulkan tidak sealiran dengan pengetahuan dan pandangan kita sebagai orang tua namun pada masa kini, kita harus menerangkan kepada mereka akan sebab-sebab mengapa sesuatu perkara itu perlu diperbetulkan atau mengapa pandangan dan cadangan mereka tidak dapat dipenuhi.

Menyayangi anak-anak bukan sahaja bermakna mereka perlu dimanjakan dengan wang ringgit dan harta benda tetapi memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk bersama-sama kita, mendengar pandangan, masalah dan luahan hati mereka juga adalah sebahagian daripadanya. Luangkanlah masa emas kita untuk mereka agar satu hari nanti, mereka akan meluangkan masa emas mereka untuk kita pula. Semoga anak-anak kita akan sentiasa diberkati dan akan sentiasa mendoakan kita apabila kita telah tiada lagi nanti, Insya-Allah.

ampun maaf,

Cikgu Mohd. Saleh bin Ismail KB;PA
d/a No. 52, Jalan A3, Desa Delima, Bandar Warisan Puteri,
Kaunselor Berdaftar Sek. Men. Keb. Mantin, Negeri Sembilan Darul Khusus

TAWARAN SEBAGAI PENGKULIAH AGAMA

Memandangkan Surau Al-Hidayah kini mengalami kekosongan Pengkuliah Agama, tawaran adalah dialu-alukan kepada sesiapa yang mempunyai kelayakan dan ilmu (tak mengapa kalau tak ada tauliah pun) untuk memberikan sumbangan dan curahan ilmu kepada jemaah di sini.

Kekosongan yang berlaku ialah pada :

Kuliah Maghrib : Sabtu malam Ahad (Ust Hj. Kamal) , Rabu malam Khamis ( Ust Hj. Zawawi) dan Kuliah Subuh Hari Sabtu dan Hari Ahad ( Ust Hj. Kamal )

Keutamaan adalah kepada ustaz-ustaz anak tempatan Negeri Sembilan, Negeri Beradat !

Sila berhubung dengan Ust Hj. Shafie (Pengerusi Surau) atau Cikgu Hussin Yaakop (SU Surau).

Terima kasih !!

"..maka, bergelak-ketawalah syaitan-syaitan serta konco-konconya apabila melihatkan sinar Islam kembali malap dan akhirnya terpadam buat selamanya.. Takziah !" [ pinjam kata-kata Hj. Zambrose Abd Rahman ]

PEMBETULAN CERITA LEMBU

Salam 1 Malaysia..

Tuan-tuan yg dihormati sekalian.. Terkejut saya bila membaca cbox blog kita hari ni..Sampaikan Ust Zawawi (UZ) pun dah nyaris-nyaris nak tarik diri dr mengajar kat surau kita..Tp jgn bimbang..UZ tak kan buat begitu..acah beliau sahaja tu..Saya baru shj dpt mesej dr UZ tadi !

Kat sini saya nak buat sedikit pembetulan..pasal moral cerita UK yg saya uploadedkan pagi tadi..

Ulasan UK :

Cerita lembu versi Terengganu : Moral atau pengajaran sebenarnya ialah : Jgn jadi mcm lembu tu..dipujuk dan dipaksa oleh tuannya supaya makan sedap-sedap..tp rupa2nya keesokan harinya tuan dia nak bawak pegi ke surau utk disembelih atau dikorbankan.

Atau dlm perbandingan suasana kita hari ini : Jgn kita tertipu oleh kelazatan dunia..krn mungkin ia adalah satu istihza' (olok-olokan) ALlah SWT kpd kita. Er..maksud saya : ALlah SWt bagi kita makan sedap-sedap sbb selepas ni ALlah nak campakkan kita jauh2 ke dalam Neraka!

Begitulah maksud moral cerita tu sebenarnya..jadi, kita kena fikir 3 kali lagi : Adakah kekayaan kita hari ini berupa nikmat dr ALlah atau satu istihza'?

Terima kasih, Ust Kamal dan maaf kerana ulasan saya mengenai moral cerita ni kurang tepat..Tp silap UK juga sebab tak nak habiskan cerita tu.. Perenggan terakhir cerita UK :

"Ketika lembu itu sedang menikmati makanannya, maka si tuan tadi terus ke dapur lalu mengasah pisaunya setajam-tajamnya.." Kesiaan lembu tu..rupanya nak dijadikan korban Raya Haji..

Wednesday, November 11, 2009

LEMBU YANG BERSYUKUR..

Posting seterusnya saya terima daripada Ust Kamal. Harap pembaca jgn nak salah tafsirkan moral cerita ini ke arah tafsiran yang negatif. Cerita ini bukan nak mengata kepada sesiapa, jauh lagi nak tuduh atau gelar orang lain sebagai lembu.. Cih..cerita lembu lagi !

Ust Kamal sengaja bawa cerita lembu sebab katanya, sekarang surau kita dah berjaya membawa penyertaan jemaah dlm ibadah korban kepada lembu ke-7. Alhamdulillah..semoga bertambah lagi rahmat, barakah dan rezeki penduduk BWP.

Cerita Ust Kamal pasal lembu ni, apabila beliau terkenangkan zaman kecilnya semasa di kampung..saya guna bahasa asal beliau, iaitu bahasa/loghat Terengganu..
Teringat waktu kecik2 dulu, time nak gi sekoloh, mesti aku lalu kot baruh padi..sebab, itulah jalang paling dekat dari rumah aku ke sekoloh.. Satu petang, aku balik dari ko-kurikulum..macam biasa sokmo, aku lalu kot jalang baruh padi..kadang2 naik basikal, kadang2 aku jalang kaki je sambil gurau dengang kawang2.. Aku dang kawang2 terkelih (terpandang) dua orang lelaki sedang tarik lembu dia bawak balik ke rumah..jauh gok rumah tu..dari baruh padi tu, aku kelih lembu tu..nyaknye sungguh..kena piat, kena tang, kena tago, kena sengjoh kuat2 sampai nok nangis rasanye..kesiang sungguh ke lembu tu..pokcik hok tua tu tarik tali hok wat ikat kat hidung lembu tu..anak dia pulok, ikut kot belakang, dok godang ke lembu tu..Gelepor lembu tu tera (try) nak cuba lari..tapi dok leh setarang..doh nok wat guane, tali tu pok dia pegang kuat sangat..

Pokcik dua beranok tu, dok paksa, heret lembu dia tu supaya balik ke kandang..doh nak garib (maghrib) doh..tamboh pulok masa tu hari nok hujang..mestilah kene balik. Akhir2, sampailah lembu tu kat kandang dia..Bila sampai aje kat kandang tu, tiba2 lembu tu nopat (melompat) suka hati..tahu bakpe? Sebab lembu tu tengok kat kandang tu bukang maing banyoknya ruput (rumput) ija-ija belaka..segor bukang maing lagi..Tuang dia bawok balik dari padang..Lembu tu pong, teruh masuk dalam kandang dang duduk bersila mengadap ke ruput fresh tu..Lepas je baca doa makang, lembu tu dok duli (peduli) doh kat tuang dia tadi..makang semakang-makangnya...Aduuh..terima kasih lah wahai tuang aku wehh..Aku dok marah setarang kalu mung tang aku tadi, buat kasar kat aku..sebab aku tahu mung nok bagi aku makang..Kalu gini sokmo-sokmo, kena tang renak-renak (tiap2) hari pong, dok ape..bereh !

Tuan-tuan,

Saya "pahang sikek-sikek" aje cerita tulisan Ust Kamal ni..tapi sekarang dah faham betul2. Moral cerita Ust Kamal ni, biarkanlah diri kita dipaksa, jika paksaan itu utk kebaikan diri kita sendiri di masa hadapan..Lebih jelas lagi, kalau ada orang cuba ajak atau ajak-ajak paksa kita ni supaya datang ke surau, solat jemaah, dengar kuliah agama, janganlah nak dimarah kepada orang tu..dia bukannya dapat upah pun buat kerja ajak kita kepada kebaikan ni..Upah mereka hanya pada ALlah SWT sahaja. Dan kita yang menolak ajakan orang ni..tanyalah diri sendiri..kenapa dan mengapa ?

Hati masih tak nak lembut lagi kah?

Ada lagi cerita pasal lembu..tapi tunggu dekat tarikh Raya Korban la..

Terima kasih..selamat berkorban !

Tuesday, November 10, 2009

PRAKTIKAL MEMANDI DAN MENGKAFANKAN JENAZAH

Dimaklumkan bahawa praktikal memandi dan mengkafankan jenazah akan diadakan sepertimana butiran berikut :

Tarikh : 15 Nov 2009 - Ahad

Masa : Jam 9 - 12 tengah hari

Tempat : Surau Al-Hidayah

Semua jemaah yang berkelapangan dijemput hadir. Sila sediakan sedikit sumbangan untuk disedekahkan kepada penceramah jemputan kita..

Terima kasih.

SEANDAINYA LEMBU BISA BERBICARA

Dalam surah Al A’raaf ayat 179, Allah SWT menggambarkan ciri-ciri penghuni neraka Jahannam yang terdiri dari kalangan jin dan manusia. Allah SWT umpamakan mereka itu seperti binatang ternakan ( kerana mempunyai akal fikiran tetapi bertindak tidak berdasarkan fikiran yang betul), bahkan mereka lebih sesat daripada binatang ternakan( kerana haiwan tidak dikurniakan akal fikiran, sedangkan manusia dikurniakan akal fikiran untuk berfikir, tapi tidak menggunakannya untuk mengenali Tuhannya).

Antara cirri-ciri penghuni neraka Jahannam itu ialah:

1)mereka mempunyai hati , akal fikiran tapi tidak mahu berfikir ke arah kebenaran

2)mereka ada mata tapi buta dan membutakan dirinya untuk membezakan antara kebaikan dan kejahatan, kebenaran dan kebatilan, keimanan dan kesesatan,

3)mereka ada telinga tapi tuli, pekak untuk mendengar kebenaran dan kebaikan bahkan memekakkan telinga daripada mendengar nasihat, teguran, peringatan dan kebenaran

Allah SWT berfirman :

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيراً مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakannya terdiri daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu umpama binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Sebagai analoginya marilah kita sama-sama menghayati perbualan antara seekor lembu dengan tuannya. Perbualan ini berlaku kerana sang lembu ingin mengetahui banyak perkara yang berlaku kepada tuannya:

Sang lembu : Tuan, sudikah tuan menjawab beberapa persoalan yang sering datang dan pergi dalam fikiranku?

Tuan lembu : Silakan wahai lembuku.

Sang lembu : soalan pertama, apa makanan manusia, dan apa sumber makanan mereka?

Tuan lembu : makanan manusia terdiri daripada makanan yang berzat, halal dan tayyiban (baik) yang terdiri daripada sayur-sayuran , buah-buahan daging, ikan , ayam dan sebagainya.

Sang lembu: ooo.., amat berbeza dengan kami, makanan kami hanya rumput dan daun kayu, halal atau haram kami tak kisah, yang penting perut kami kenyang. Rumput orang, rumput kami juga. Semuanya boleh kami telan. Boleh tuan terangkan bagaimana manusia berkahwin?

Tuan lembu: manusia lelaki akan berkahwin dengan manusia perempuan, orang lelaki dibenarkan kahwin 4 orang dalam satu masa. Tidak dibenarkan zina, liwat dan yang sewaktu dengannya.

Sang lembu : nasib baik kami dijadikan sebagai lembu, kalau tak… teruk nasib kami semua, lembu jantan tidak dihadkan bilangan lembu betina, siapa kuat dia dapat, setakat ni.. ‘isteri’ saya dah 100 orang, Kami tak kisah milik siapa, kalau kami nak kami ‘ makan’ je, semuanya HALAL bagi kami..

Sang lembu terus bersoal jawab dengan tuannya , sambil matahari sedang condong menuju ke rumahnya, tiba-tiba kedengaran dari Surau al Hidayah laungan azan yang dilaungkan oleh bilal sepenuh masa, abang Arsyad. Jarak surau dengan tempat perbualan mereka hanya 30 meter saja . Azan yang dilaungkan sungguh lunak memecah keheningan petang selepas hujan renyai-renyai dan dapat didengari oleh penduduk taman. Lalu sang lembu bertanya tuannya:

Sang lembu : Tuan, sungguh sedap suara tersebut, tiap kali bila mendengarnya aku rasa gembira tapi alangkah sedihnya, aku tidak mengerti..

Tuan lembu : itu… suara azan.

Sang lembu : untuk apa azan dilaungkan sebegitu kuat?

Tuan lembu : untuk mengajak orang-orang islam solat berjemaah.

Sang lembu : apa itu solat berjemaah?

Tuan lembu : solat berjemaah itu sunnah nabiku, pahalanya 27 kali ganda lebih baik dari solat sendirian dan banyak lagi kelebihannya

Sang lembu: banyaknya pahala, beruntunglah tuan, buat satu perkara, ganjarannya dilipatgandakan hingga menjadi 27 kali ganda, elok lah tuan pergi ke surau untuk merebut ganjaran yang berlipat ganda tu..saya pun dah keletihan mencari rezeki sepanjang hari, lagi pun saya ingin berehat di kandang, malam sudah tiba.

Tuan lembu: aku ada masalah ni, tak boleh pergi surau…. lagi pun….bla…bla..(lalu tuan lembu memberi pelbagai alasan untuk menghalalkan tindakannya tidak pergi ke surau satu persatu untuk menyakinkan lembunya.

Sang lembu mengangguk kepalanya tanda faham sambil berkata dalam hatinya : ‘ pandai sungguh tuan aku ini ‘auta’ dengan aku, dia tahu pahala solat jemaah lebih banyak, tapi dia tak buat, maknanya tuan aku ni macam aku juga, atau lebih teruk daripada aku… aku pun tiada jawapannya…

Sang lembu minta izin daripada tuannya untuk pergi sambil kepalanya berfikir ‘aku atau manusia yang terlebih bodoh, aku tidak ada akal , aku hanya ada nafsu, aku tidak diperintahkan solat jemaah, manusia diperintahkan, mereka ada akal, mereka belajar tinggi2 sampai universiti , mungkin aku BODOH , TAPI MANUSIA.. BODOH SOMBONG !! Agaknya kenapa mereka tidak menggunakan kelebihan itu.!!!

Moral cerita: manusia lebih teruk daripada binatang sekiranya manusia tidak menggunakan kelebihan yang ada pada dirinya ke arah jalan yang diredhai Allah SWT.

ABUBASYIIRAH 09

Monday, November 9, 2009

BIARLAH KITA MENULIS UTK PAHALA

Assalamualaikum..

Nampaknya ramai pelawat blog surau masih menggunakan peluang chat-box untuk mengutuk, meluahkan rasa tak puas hati dan menghentam sesama sendiri. Saya nak larang pun, masing-masing dah besar panjang..

Tuan-tuan yg saya kasihi sekalian,
Saya akui saya ni bukan orang berpendidikan agama..jd, mungkin selepas pengambil-alihan kendalian blog ini dr ust Kamal, entry atau postingnya tidak banyak ditulis berkaitan tajuk keagamaan.

Saya mungkin akan masukkan maklumat-maklumat, berita atau isu-isu tertentu sahaja berkaitan dgn surau kita. Tambah pula, saya bukannya ada bakat penulisan yg baik pun. Namun begitu, saya akan cuba utk menjadi yg terbaik. Sehubungan itu, saya harap jika ada di kalangan ust-ust (atau sapa-sapa shj) yg nak masukkan tulisannya ke dlm blog surau kita ini, sila lah e-melkan kat saya.

Saya cadang nak copy and paste beberapa artikel dr laman web/blog lain, tp ust Kamal tak setuju..kalau boleh, biarlah asli, katanya. Selamat..takde orang nak saman. Nasihat ust kamal pada saya, “tulis aje apa nak tulis..asalkan ianya ada manfaat utk pembaca. Bila ada manfaat utk orang, maknanya adalah pahala utk awak”..

Sekarang tahulah saya bahawa niat kita dalam apa sahaja perbuatan, ialah nak dapatkan pahala..menulis pun utk nak dapatkan pahala. (tolong tegur kalau saya silap..)

Sebab itu, saya harap sangat jika tuan-tuan dapat tulis yg baik2 sahaja dlm chat-box blog kita ni..Tuan-tuan takkan taknak pahala kot? Saya masih teringat, point dlm satu kuliah ust Kamal..katanya : ‘Kita hari ni, dok buat amal soleh, kumpulkan pahala banyak2, utk apa sebenarnya? Suatu hari kelak, kata ust Kamal, pahala2 inilah yg akan kita gunakan utk tebus balik/ bayar pampasan kesalahan2 yg pernah kita buat kat orang lain..masa tu, duit2 ni tak main lagi dah..termasuklah dinar yang ada pampletnya kat surau tu..Semua org nakkan pahala walau sebesar telur kutu (pinjam kata ust Hishamuddin)

Cukup lah dulu setakat ni..kalau tak tulis apa2, nanti tuan2 kata saya tak bertugas pulak. Susah kan, kalau dah terima amanah ni..Minggu depan, nak mintak ust Hishamuddin cerita lagi pasal amanah dan tanggungjawab, boleh ustaz ye? Kuliah ust Hishamuddin tempoh hari, menggeletar tapak kaki saya..serupa mcm menggeletarnya saya ketika ust kamal ceritakan pasal keperitan hidup di neraka..

Wallahu a’lam ¡

Sunday, November 8, 2009

TANPA TAJUK

Salam buat semua jemaah dan pelawat blog surau Al-hidayah,

Saya ambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada ust Hj. Kamal yang telah menyerahkan amanah beliau kepada saya utk mengendalikan blog ini. Saya adalah salah seorang jemaah (separa tetap) yang bekerja di luar Negeri Sembilan.

Setelah meneliti keputusan ustaz, saya terfikir bahawa blog surau ini banyak manfaatnya terutama di dalam mengenali siapa manusia di luar sana yang benar-benar manusia, siapa yang jasadnya manusia tp hatinya binatang dan siapa manusia yang nampak mcm manusia tp rupa-rupanya setan yang menyerupai.

Saya dpti di kalangan pelawat blog (saya konfiden mereka ialah orang BWP), ramai yang perlukan terapi jiwa..buktinya, peluang yang diberi utk mencoret sedikit coretan di blog ini digunakan utk menunjukkan ego masing-masing, kutuk-mengutuk dan caci-mencaci. Kalau inilah minda dan pemikiran kita, hancur !

Saya bukanlah orang yang mahir berkomputer, tp ada le sedikit pengalaman dlm mengendalikan blog ini. Saya memohon kpd ustaz agar blog ini terus diaktifkan krn masih ramai yg memerlukannya. Ust menyerahkan pengendalian blog ini kpd saya krn beliau kini sedang memberikan tumpuan kpd usaha penulisan dan penerbitan sebuah buku panduan ko-kurikulum unit unifom sekolah rendah. Utk makluman, ust Kamal adalah salah seorang tenaga penting di dalam pasukan unifom Kadet Remaja Sekolah Negeri Sembilan. Beliau kerap dipanggil menghadiri perkhemahan bagi memberi latihan dan bimbingan berkaitan aktiviti unit tersebut sama ada di sekolah-sekolah atau pun di institut perguruan.

Selain kesibukan sbg guru di sekolah, beliau juga dah mula sibuk dengan aktiviti kuliah maghrib di surau-surau dan masjid yang banyak kedapatan di daerah Seremban ini.

Atas rasa simpati terhadap beliau dan hasrat nak teruskan penyampaian maklumat surau melalui blog, saya menawarkan diri untuk mengambil-alih dan menyambung tugasan yg telah dimulakan oleh ustaz.

Sekiranya ada terdapat sebarang kelemahan pada blog ini slepas ini, saya mohon diberikan teguran membina.

Sekian. Wassalam..

MENGKARUNG PADANG PASIR
08 nOv 2009

Friday, November 6, 2009

MENDIDIK ANAK MENJADI ANAK AKHIRAT

Anak adalah anugerah ALlah yang tidak ternilai. Hidup sepasang suami isteri tanpa ditemani anak tentunya amat membosankan dan tentunya bertambah lagi kesengsaraan dan kepedihan apabila mati tanpa meninggalkan walau seorang zuriat pun!

Sebab itulah NAbi ALlah Zakaria AS sering berdoa siang dan malam agar dikurniakan ALlah seorang anak yang bakal menjadi penyambung keturunannya. Akhirnya, setelah berpuluh tahun merintih di dalam solat malamnya, ALlah utuskan seorang malaikat memaklumkan kepada baginda satu khabar gembira, iaitu kelahiran Yahya sebagai satu-satunya anak baginda di dunia ini. Bertuahnya Nabi Zakaria kerana anak yang belum lagi dilahirkan telah pun dinobatkan sebagai Rasul..tetapi malangnya bagi nabi dua beranak ni, kerana nyawa kedua-duanya akhirnya tamat di tangan kezaliman dan ke'bangang'an kaum mereka sendiri, bangsa Yahudi Laknatullah Alaihim Ajma'in yang sebelumnya memang dah terkenal sebagai kaum penyembelih Nabi.

Anak adalah termasuk amanah dan nikmat ALlah yang amat berharga. Justeru, syukurilah nikmat ini dan peliharalah amanah tersebut dengan cara yang betul lagi diredhai ALlah. Didiklah mereka dengan didikan agama sedari usianya baru beberapa saat sehinggalah dewasa. Terapkan ke dalam hati anak-anak fahaman yang mendalam tentang konsep 'hamba yang bertuhan'..fahamkan mereka bahawa mereka lahir ke dunia ini adalah sebagai manusia, bukannya sebagai lembu yang tidak bertuan..yang bebas memakan apa sahaja walau pun anak-anak pokok tanaman yang berada di ladang orang..dan kita, ibu bapa, adalah orang yang diamanahkan untuk menjaga mereka agar tidak sewenang-wenangnya melanggar titah dan perintah ALlah..tetapi jika kita sendiri yang mengkhianati amanah atau pertanggungjawaban ini, maka bersedialah untuk berhadapan dengan satu hari yang bakal menjadikan semua manusia menggeletar dari hujung kepala hingga ke hujung jemari kaki..

Di hari akhirat nanti, anak boleh jadi salah satu daripada dua : iaitu anak yang boleh menyelamatkan ibu bapanya daripada neraka Jahannam atau anak yang (dia sendiri) akan menjerumuskan ibu bapanya ke dalam sana..semuanya bergantung kepada bagaimana cara kita mendidik mereka pada hari ini..

Kalau hari ini, kita didik anak-anak dengan didikan agama, ajar mereka hingga mahir membaca Qur'an, sentiasa mendirikan solat walau macam mana penat sekali pun, tidak pandai nak berbohong walau sepatah kalimah, berpakaian sentiasa menutupi aurat, patuh dan taat kepada ALLah, Rasul dan ibu bapanya, memiliki akhlak yang amat terpuji dan seumpamanya lagi..insya'ALlah, tidak menyesal kita apabila berada di alam akhirat sana nanti..

Tetapi kalaulah anak diberikan pendidikan berbentuk keduaniaan semata-mata (dengan membelakang pendidikan agama), walau pun mereka berjaya menjadi manusia yang boleh dibanggakan oleh kedua ibu bapanya, apakah kebanggaan ibu bapa itu boleh diteruskan apabila salah seorang atau kedua-dua ibu bapanya telah terbaring jujur di atas usungan? Maka di alam sana kelak, kita akan pastinya dimusuhi oleh anak sendiri..mereka akan mendakwa kita di hadapan Tuhan Maha Perkasa, "Wahai Tuhanku, inilah bapak aku..punya harta melimpah-ruah tetapi tak mampu menjadikan aku sebagai hambaMu yang soleh..". Si anak turut mencaci dan memaki bapanya sendiri dengan kata-kata :"Kerana engkaulah, aku turut dicampakkan ke dalam neraka yang hina ini.."

Pengalaman saya sewaktu bertugas di pedalaman Terengganu dan Kelantan, saya temui banyak peristiwa yang sangat menyayatkan hati di mana anak-anak tidak tahu nak buat apa-apa ketika ibu bapa mereka sedang bergelut dengan sakaratul maut- wa imma nak ajar mengucap atau baca surah Yaasin pun tak dapat!

Begitu juga ketika menghadiri jemputan solat jenazah di sebuah masjid. Anak-anak berkumpul di pintu masuk masjid, menunggu ketibaan kami, para jemaah..apabila diajak untuk sama-sama mendirikan solat jenazah ke atas mayat bapa mereka, tiada seorang pun yang bergerak. Akhirnya semua mereka mengakui tak pernah dan tak pandai nak solat..bukan setakat solat jenazah sahaja, bahkan solat yang fardhu pun tak pernah..saya akhirnya mengimamkan solat jenazah tersebut sambil berlinangan air mata..tentu sedih dan menyesalnya si mati kerana kesemua 6 orang anak lelaki yang berada di luar sana tu, tiada seorang pun yang berdiri di hadapannya sekarang..kalau bukan sebagai imam pun, cukuplah sebagai salah seorang makmum pun dah dikira memadai..

Malang sungguh nasib kita jika memiliki anak dunia..namun, siapa yang nak kita persalahkan kalau bukan diri kita sendiri..kita sendiri yang membentuk anak kita menjadi anak dunia..

Bertindaklah segera sebelum tertimpanya kejadian seperti yang diceritakan di atas kepada diri kita. Didiklah anak agar menjadi anak akhirat..yang dapat membantu menyelamatkan ibu bapanya dari diazab di neraka Jahannam..Tunjukkanlah contoh yang baik kepada anak-anak kerana ia juga termasuk dalam kaedah pendidikan kepada mereka..

Thursday, November 5, 2009

PENDAFTARAN MENJADI AHLI SKUT

Banyak pertanyaan yang saya terima berkenaan Skim Kutu Umrah Tahunan (SKUT) yang diperkenalkan dua hari yang lalu. Nampaknya ada respon yang cukup memberangsangkan..

Untuk tidak menghampakan tuan-tuan yang dah tak sabar-sabar tu, pendaftaran SKUT dibuka mulai sekarang. Tuan-tuan boleh daftarkan nama melalui sms ke no hphone saya 017-6150169.

SKUT Kumpulan 1 dibuka penyertaannya seramai 20 orang bagi tempoh pembayaran selama 4 tahun. Bayaran pertama ialah pada atau sebelum 30 Disember 2009. First come, first serve..jika dah melebihi 20, SKUT Kumpulan 2 pula akan menyusul.

Jawatankuasa SKUT Kumpulan 1 akan dilantik dari kalangan ahli yang mendaftar.

Maklumat lanjut mengenai SKUT, sila ke surau kita dan dapatkan flyer yang ditinggalkan di sana atau jumpa saya pada bila-bila masa selepas solat jemaah.

Penyertaan DIUTAMAKAN kepada 'ahli jemaah tetap'..

Terima kasih.

Tuesday, November 3, 2009

PERTINGKATKAN MUTU SOLAT ANDA

Sebelum saya mulakan tulisan ini, saya mohon maaf kepada semua pembaca kerana tak dapat membalas atau memberi komen dalam chat box pada hari ini. Nampaknya komen dan pandangan tuan-tuan hari ini cukup menggalakkan. Cuma saya minta, janganlah diberikan pujian yang terlalu tinggi kepada saya. Bila dah naik tinggi, kalau terjatuh ke bawah, sakitnya sangatlah menyiksakan..

Tuan.puan yg saya kasihi sekalian,

Sejak kecil lagi, ibu bapa kita dah asuh dan didik kita untuk bersolat. Maka dengan berkat didikan tersebut, kita sampai hari ini berterusan mendirikan solat.

Persoalannya, solat kita yg kita tunaikan sejak umur 7 tahun hinggalah umur sekarang..apakah terdapat peningkatan padanya? Pernah tak kita selidiki mutu solat kita hari ini? Apakah sama solat kita sekarang dengan solat kita ketika berusia 7 tahun dahulu?

Inilah tajuk perbincangan yang ingin saya bawakan pada entry malam ini. Hidup kita perlu ada peningkatan..barulah nampak ada kemajuannya. Dahulu cikgu DG21 tp sekarang dah DG39 atau DG41..Dahulu pakai proton Iswara, sekarang dah Exora..

Itu pada pandangan zahir kita yang mudah kita nampak. Beralih kpd solat kita tadi..apakah solat kita ada berlaku peningkatan dari segi mutunya? sama ada bacaan, kekhusyukan dan kefahamannya..

Berikut adalah beberapa contoh berlakunya peningkatan dlm solat kita. Antaranya :

1) telah memahami makna bacaan dlm solat

2) berkekalan solat dalam jemaah di surau/masjid

3) datang awal - sebelum azan. Masuk ke surau/masjid paling awal dan keluar paling akhir.

4) menjadikan solat sunat rawatib sbg satu kemestian

5) solat tahajjud setiap malam dianggap sebagai solat fardhu ke-6

dan sebagainya lagi..

Sepatutnya, makin dah lama kita solat, maka makin mantaplah solat kita. Tapi apa yang berlaku..sampai sekarang, maksud doa iftitah pun masih tak tahu-tahu lagi !

Berusahalah semoga solat kita yang kita jadikan ia sebagai hadiah untuk Allah, adalah hadiah yang terbaik untukNya. Pelajarilah dan kunjungilah majlis-majlis ilmu..sebelum Izrael datang memberikan salam kepada kita..

APABILA WAKTU SEMAKIN MENCEMBURUI..

Assalamualaikum w.m;

Buat semua sahabat, rakan, teman, ahli jemaah surau yang telah mendaftar dan bakal mendaftar, jiran dan sesiapa yang pernah ditemui..

Nampaknya masa yang pernah memisahkan saya daripada tuan-tuan selama 2 tahun berkhidmat sebagai guru BI di pedalaman Gua Musang dahulu kini lagi sekali ingin mencemburui pertemuan kita..

Saya dah mula dapat merasakan tentang tugas dan tanggungjawab di surau yang semakin tak dapat dilaksanakan dengan sempurna lagi..Minggu ini sahaja, dah 4 malam saya tak dapat berjemaah di surau..namun demikian, alhamdulillah..saya masih lagi berkesempatan bersembang dengan jemaah surau sebaik shj pulang ke BWP. Biarlah cuma 5-6 minit sahaja pun..

Masa sibuk saya dah kembali semula..Tahun 2010 akan datang, mungkin solat Subuh berjemaah shj yang dapat saya hadiri, selain Zohor dan Asar pada setiap hujung minggu. Mulai 2 minggu yang lalu, saya menerima pelawaan dari Ust Hj. Hishamuddin untuk menggantikan beberapa orang pengkuliah agama di surau-surau sekitar Bandar Sikamat yang tidak dpt lagi meneruskan khidmat mereka atas sbb-sbb yang tertentu...

Begitu juga dengan kontrak tahunan bersama beberapa buah surau asrama SBP. Kalau dahulu (tahun lepas), saya menolak semuanya kerana nak tumpukan kpd pengajian master saya, tp kini saya dah takde alasan lain..

Sekarang ini, sebelum menjelang cuti sekolah, saya sedang berusaha untuk mewujudkan Kelas Harian Al-Qur'an dan tusyen percuma utk anak-anak BWP serta Kem Tahfiz Al-Qur'an yang akan bermula 21 Nov ini..

Saya mohon maaf kepada semua jemaah kalau-kalau dah jarang kita dapat bertemu di surau lagi. Tugasan sebagai imam mungkin akan saya lepaskan sebelum Mesyuarat Agung Januari 2010 akan datang. Buat apa lagi jawatan sbg imam kalau dah tak dapat nak pikul tanggungjawabnya lagi..

Saya harap semua AJK terutamanya Ust A'lim dpt carikan pengganti saya secepat mungkin. Pelawalah ust-ust yang ada di sekeliling kita ini. Mana tahu, ilmu dan kesungguhan mereka lebih terserlah dari saya..Insya'ALlah saya akan sentiasa berikan sokongan kepada sesiapa shj yang dilantik nanti.

Salam kemaafan kerana banyak memudaratkan anda semua selama bertugas di surau ini.

Ust Kamal ( Ust Samseng !! )

SKIM KUTU UMRAH TAHUNAN

Tuan/Puan yang dihormati,

Baru-baru ini, pihak surau ada menerima satu cadangan yang saya fikir ianya cukup baik dan mampu memberi manfaat kepada para jemaah..

Cadangan tersebut yang diberi nama Skim Kutu Umrah Tahunan (SKUT) bertujuan untuk membantu merealisasikan hasrat dan azam para jemaah untuk menziarahi Tanah Haram disamping berpeluang menunaikan ibadat umrah ( Sabda Nabi : Sebaik-baik tempat utk kamu berziarah ialah ke Makkah dan ke Madinah"..tambahan saya : 'Bukannya ke Narathiwat, Bukit Tinggi atau Pulau Langkawi' )

Caranya (secara ringkas) lebih kurang macam ni :

Peserta yang minat nak join DIWAJIBKAN bayar RM100 setiap bulan dan tempoh bayarannya ialah sehingga semua peserta dapat menunaikan umrah (Tak boleh tarik diri di saat akhir-sebab tu kena fikir masak ranum dulu sebelum join). Dlm tempoh 1 tahun main kutu umrah ni, setiap peserta dah dapat kumpul RM1200.

Katakan ada 20 peserta..maka pada tahun pertama, wang collection kita dah terkumpul sebanyak RM24,000. Dan dengan jumlah wang RM24,000 tersebut, berapa orang kita dapat hantar ke Tanah Suci? Katakan kos umrah utk one complete package (biasanya 2 minggu) ialah RM5000, bererti kita dah mampu hantar hampir 5 orang peserta.

Begitu juga pada tahun hadapan dan tahun ke seterusnya, seramai hampir 5 orang akan mewakili BWP pergi menyahut panggilan Ka'abah untuk menyampaikan doa kita yang belum sampai masa ni..

Skim ini tak sesuai untuk orang berada..Orang yang sering tak cukup duit belanja makan macam saya, memang kita alu-alukan. Inilah konsep 'ta'aawun' (tolong-menolong) dlm berbuat ibadah yang pernah saya perjelaskan ketika mula memegang jawatan Imam 1 Surau Al-Hidayah kita ni..

Kesempatan ini juga saya nak gunakan untuk menasihati orang-orang berada (kaya) yang saban tahun pergi menunaikan umrah atau fardhu haji..apa salahnya kalau pada tahun depan ni, kita batalkan hasrat nak buat umrah kali ke (ntah kali ke berapa..hinggakan dah tak boleh bilang dah..) dan kita belanjakan wang tersebut untuk menaja orang lain yang tak pernah ke Tanah Suci serta tidak mempunyai perbelanjaan utk menunaikan umrah..

Saya percaya, ramai yang kata saya ni dah makin tak betul..Terserahlah..saya cuma nak kongsi pandangan sahaja. Kalau baik, ambillah..kalau tak baik, tinggalkan kepada saya..

Cadangan SKUT di atas akan dipanjangkan sekiranya mendapat sambutan dari para jemaah sekalian. Kalau tak ada yang setuju, maknanya kita sama-sama pakat kumpullah duit kita masing-masing dan dalam masa 5 tahun, insya'Allah dapatlah ke Tanah Suci..Itu pun kalau duit simpanan tu tak diusik..

Respon pembaca dialu-alukan. Terima kasih.

TAULIAH OH TAULIAH..

Malam semalam gempar dengan berita penahanan mantan Mufti Perlis, saudara Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin bersama 10 orang lagi oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Alasan yang diberi simple aje..iaitu beliau menyampaikan ceramah agamanya tanpa tauliah. Tak kiralah ceramah tu disampaikan di dalam masjid kerajaan negeri, surau mahu pun di rumah orang perseorangan.

Dalam cerita penahanan Dr. Mohd Asri ini, beliau ditangkap ketika berceramah di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan yang juga merupakan kenalan baik beliau.

Saya pun tak tahu nak komen apa-apa pasal kes ini. Kenapalah orang-orang Islam kita dah jadi macam ni? Tauliah punya pasal, didakwa ke mahkamah dan jika sabit kesalahan bakal merengkoklah dalam penjara.

Cuba anda bayangkan..bila duduk dalam penjara kelak, bersama teman banduan lain..mereka akan bertanya : Awak ni, perwatakan macam ustaz / orang alim aje..kenapa masuk penjara? Jawab ustaz : "Sebab aku ngajar ilmu agama takde tauliah.."

Lihat sekeliling kita..ustaz-ustaz yang mengajar mak abah dan anak-anak kita sejak dahulu, kini dan selama-lamanya ( pinjam motto kejap ), mereka ini ada tauliah ke? Kalau ada pun, berapa kerat lah sangat..Kalau JHEANS bertindak macam JAIS, alamaknya tinggal 3, 4 orang je lah ustaz kat Seremban ni.. Manakala penjara pula dah tentu penuh dengan ahli agama berbanding penjenayah yang betul..ALlaahu Akbar ! Saya rasa, mesti ramai banduan yang keluar penjara sahaja, dah bertukar jadi ustaz..pasal apa? pasal tiap-tiap hari dok kena dakwah oleh rakan satu sel mereka - iaitu ustaz ! ( teringat cerita dakwah Yusof AS ketika dalam penjara - tapi Nabi Yusof dipenjarakan bukan kerana takde tauliah agama !)

Macam mana ustaz-ustaz kita di surau ? Dah apply tauliah nak ngajar agama ke? Nanti kang ada yang kena tangkap ketika baru nak mula ucap salam..

Nampaknya dunia dah betul-betul nak kiamat..Orang bukan kaki surau mesti tersenyum baca cerita ni..padan muka kau, ustaz!

Ustaz Kamal dah rasa bagaimana disoal-siasat oleh SB Penguatkuasa Jabatan Agama..tapi, akhir-akhir, yang menyoal-siasat pula kena soal-siasat. Siapa yang soal-siasat mereka ni? Siapa lagi..Hanya imam samseng sahaja yang berani buat camtu.. At last, mereka minta maaf dan mengakui ada 'tangan ghaib' dari pejabat orang politik.. 'Celaka betul !', kata saya dalam hati sebelum memaafkan mereka yang bodoh ni..

Monday, November 2, 2009

APABILA AYAM MATI DI KEPUK

Pernah dengar peribahasa seperti tajuk di atas? Saya terkilas pandang sewaktu menyergah salah seorang anak didik saya yang begitu khusyuk membaca buku 'Himpunan Peribahasa Melayu' selepas selesai menjawab soalan peperiksaannya.

Saya disoal (dgn tujuan diuji) oleh anak didik saya tu..Ustaz, you know the meaning of this proverb or not? (saya galakkan anak murid saya biasakan diri bertanya dalam BI). Saya baca dan cuba berpura-pura tak tahu (supaya anak murid saya bangga mereka lebih tahu dari gurunya)

Ayam Mati Di Kepuk sama ertinya dengan 'Orang jahil yang mati hatinya dalam lingkungan majlis-majlis ilmu'..

Beberapa hari lepas saya sempat berseloroh dengan saudara Zainul Ekhwan dan rakan jemaah yang lain (majoriti mereka adalah murid Kelas Qur'an Ustaz Zawawi yang dah mula menghilangkan diri).. Kata saya, BWP ni amat bertuah..majlis agama diadakan siang dan malam, tak cukup hari bekerja ditambah lagi pada hari minggu.. Orang di tempat lain, sanggup keluar berpuluh KM dan habiskan RM semata-mata nakkan ilmu agama ni.. Tapi kita kat sini? Masih lagi tak mahu rebut peluang menambah ilmu..Masih dengan kebodoh-sombongan yang semakin menebal kat dalam hati tu..Masih tertipu dengan ajakan dunia dan hasutan syaitan.

Di surau kita sekarang, dah macam-macam ada. Buka channel Ahad malam Isnin, ada Tafsir Qur'an dan Tajwid, tekan channel Isnin malam Selasa ada rancangan Sirah Nabawiyyah, channel Fiqh, channel Hadith dan sebagainya. Sebelah siang pula ada channel Kelas Fardhu Ain Muslimah dan channel ART (Kelas bahasa Arab)..pokoknya sekarang, channel Sport, HBO, Star Movie jugak yang jadi pilihan di hati..

Habis? Bila masanya giliran nak tambah bekalan untuk akhirat pula? Kalau tiap-tiap hari dok sibuk dengan menambah bekalan dunia ni..? Takkan nak bagi orang lain je pahala datang berjemaah dan menuntut ilmu tu? Bukankah kita disuruh berlumba-lumba atau berebut-rebut untuk dapatkan pahala ALlah ?

Alangkah ruginya kita.. dah duduk dalam persekitaran majlis agama, tetapi masih kekal dalam kejahilan. Ingat besok Allah takkan tanya ke? Engkau umpama ayam, mati kelaparan di dalam kepuk yang penuh dengan makanan !!

Fikir-fikirkanlah sendiri..malas dah nak cakap apa lagi..

Sunday, November 1, 2009

MAKLUMAN PENDAFTARAN PASTI BANDAR WARISAN PUTERI

Premis PASTI BWP

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Bandar Warisan Puteri sedang membuka pendaftaran kemasukan bagi kemasukan sesi 2010 akan datang mulai sekarang. Tuan/Puan yang berminat untuk menghantar anak-anak ke PASTI BWP , dipelawa ke PASTI BWP di premis beralamat no. 228. Pendaftaran dibuka pada setiap hari Sabtu, mulai jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Permohonan untuk jawatan sebagai Guru PASTI juga dibuka mulai sekarang. Sesiapa yang berminat dijemput hadir ke sesi temuduga terbuka pada Sabtu, 14 November 2009, jam 9 pagi - 12 tengah hari.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi : 012-6902567, 012-3575374