Sejak berlalunya Ramadhan 1430H, di sana-sini ada sahaja orang buat open house. Di sekitar BWP sahaja sehingga ke hari ini dah diadakan lebih kurang 12 Open Houses.. petang semalam, rumah En. Harmizi, kemudian malam tadi pula kat rumah Tn. Hj. Yusof (Bendahari Surau)..nampaknya mati kekenyanganlah aku..
Bercakap pasal makan kat open house ni, dah dua kali saya terlewat ke surau untuk solat Subuh. Mujurlah imam solat Subuh telah diamanahkan kepada Imam Tn. Hj. Mokti..kalau tak, dah lama saya kena maki hamun oleh jemaah dan makmum-makmum. Itulah bahananya kalau makan banyak setelah melewati jam 9 malam.. kalau dah subuh pun terlewat, tak payah ceritalah pasal tahajjud tu..memang bungkus sebungkus-bungkusnya..
Elok juga bila diadakan open house ni..selain sebagai amal jariah dari tuan rumah yang mensedekahkan makan kepada para tetamu, ianya juga dapat mengeratkan lagi hubungan kejiranan..kat sini, kita boleh jumpa jiran dan rakan yang payah benar nak tengok muka kerana sentiasa sibuk dengan kerja masing-masing..ada juga yang dah lama beli rumah kat sini tapi masih belum tahu namanya..
Dalam masa berbual kat open house, saya sempat juga berdakwah ajak rakan-rakan dan jiran yang ditemui supaya mereka ni jangan suka sangat menjauhkan diri dari surau..jangan tunjukkan sangat rasa tak mahu ke surau..apa salahnya..sekali seminggu pun dan memadai (bagi mereka yang sentiasa sibuk la..). Bukan nak rosakkan mood tetamu atau majlis tuan rumah, tetapi sekadar jalankan kewajipan. Habis tu, masa mana lagi saya boleh jumpa orang-orang macam ni?
Mengenai rekod kehadiran jemaah surau pasca-Ramadhan ni, setakat ini alhamdulillah..masih boleh dikatakan membanggakan..Harapnya biarlah makin bertambah lagi..Janganlah harapkan saya seorang sahaja yang berusaha nak meramaikan bilangan jemaah..tuan-tuan pun mainlah peranan sekali..ajak anak-anak lelaki yang dah besar atau jiran-jiran sebelah rumah, jom kita pakat ke surau beramai-ramai..
Akhir kata, sebelum terlupa..puasa enam Syawwal dah dilaksanakan ke? Masih ada masa lagi ni.. Usahakanlah kerana pahalanya sangatlah besar di sisi Allah SWT..

No comments:
Post a Comment