Pihak surau melalui Biro Tarbiyyah berhasrat untuk mengadakan Kem Hafazan Qur'an khas untuk anak-anak LELAKI berusia 10-12 tahun pada cuti akhir tahun sesi persekolahan 2009 tidak lama lagi.
Kem Hafazan ini akan dijalankan selama SATU BULAN dimana semua peserta akan dibimbing oleh beberapa orang guru/pemudahcara bagi membantu mereka menghafaz sekurang-kurangnya 1 Juz. Peserta diberi pilihan untuk menginap di rumah penginapan (hostel) atau tidak (walaubagaimana pun peserta adalah digalakkan menginap).
Antara rutin harian mereka ialah :
3.30 pagi - Bangun dari tidur - solat tahajjud

4.00 pagi - Hafazan Qur'an
6.00 pagi - Solat Subuh
6.45-7.45 pagi - Tasmik 1
7.45 pagi - Sarapan dan pengurusan diri (mandi, membasuh, kemaskan bilik)
8.45-10.00 pagi - Hafazan
REHAT
10.30 pagi - Kelas Tajwid
12.00 t hari - Qailulah
1.00 petang - Solat Zohor, makan tengah hari
1.40-2.40 petang - Tasmik 2
3.00 - 4.00 petang - Kelas Tafsir dan Fiqh Solat
REHAT
4.30 petang - Solat Asar
5.00 - 6.00 petang - Riadah
6.30 petang -9.00 malam - Mandi, makan dan Solat Maghrib - Isyak
9.30 - 10.30 malam - Hafazan
10.45 malam - Berwudhu' dan TIDUR
Bayaran :
RM300 (dengan penginapan + makan), RM220 (tanpa penginapan + makan)
Bagi yang memilih 'tanpa penginapan', aktiviti wajib peserta adalah bermula pada Solat Subuh berjemaah di surau.
Peserta boleh dikunjungi oleh ibu bapa pada bila-bila masa sahaja sebelum jam 10 malam.
Setiap Ahad, jam 8.00 pagi, peserta dibenarkan pulang TETAPI mesti mendaftar masuk semula sebelum 6.30 petang.
Peralatan/ Keperluan Kem Hafazan :

Bantal, selimut, tilam bujang (peserta hanya disediakan sebidang tikar sahaja sebagai alas tidur), cadar, pakaian solat (WAJIB sehelai jubah putih), pakaian sukan, pakaian santai dan lain-lain yang difikirkan sesuai.
Maklumat lanjut, sila hubungi saya atau jumpa sahaja di surau kita..
Ust Hj. Kamal,
Maklumat lanjut, sila hubungi saya atau jumpa sahaja di surau kita..
Ust Hj. Kamal,
23 Oktober 2009 (Jumaat)
No comments:
Post a Comment