Saban hari, kita sentiasa diperdengarkan dengan laungan azan yang mengajak manusia supaya mendatangi rumah-rumah ALlah. Kita diajak dan dipelawa untuk datang ke rumahNya untuk bersama-sama menyembah atau mengabdikan diri sebagai salah satu tanda kesyukuran di atas segala nikmat yang telah diberikannya kepada kita selama ini.
Malangnya, berapa orangkah di antara kita yang mendengar panggilan tersebut lalu menyahutnya? Berapa ramaikah di antara kita yang segera meninggalkan apa sahaja urusan ketika itu semata-mata untuk menghadirkan diri ke surau atau masjid demi untuk mendirikan sebuah solat secara berjemaah yang mana ianya sangat disukai oleh Rasulullah SAW?
Kita sebenarnya masih terlalu JAHIL mengenai hakikat dan pengertian azan itu sendiri. Kita masih menganggap azan sebagai panggilan biasa dari seorang yang bergelar muazzin, yang kerjanya ialah melaungkan kalimah-kalimah azan setiap kali masuknya waktu solat.
Azan pada hakikatnya adalah satu panggilan yang amat istimewa. Satu panggilan dari langit untuk semua penghuni di muka bumi. Ia adalah panggilan Tuhan melalui suara seorang muazzin yang menjemput sesiapa sahaja di antara manusia yang mengakui dirinya beriman kepada Tuhannya. Ianya adalah satu jemputan khas dari seorang Malikul Muluk kepada setiap rakyatNya untuk bertandang ke istana-istanaNya. Tidak kurang lima kali dalam sehari semalam, setiap diri kita dijemput dan dipelawa untuk berkunjung ke sana. Siapakah lagi raja selain Dia yang teramat gembira melihatkan hamba rakyatNya saban hari sentiasa memenuhi undanganNya? Kasihnya ALlah SWT untuk bertemu dengan hambaNya sehinggakan dalam 24 jam usia kehidupan kita, sebanyak lima kali kita dipelawa bertandang ke istanaNya.
Namun, lihatlah apa yang berlaku. Perhatikanlah diri kita sendiri sebelum kita memerhatikan diri orang lain. Telinga yang sering mendengar laungan undangan ALlah ALlah SWT seolah-olah sengaja dipekakkan. Undangan ALLah lagi sekali tidak dapat kita penuhi dengan sedikit pun tidak ada rasa malu atau gentar terhadap kemurkaanNya.
Mungkin kerana masih ada lagi yang berpegang dengan hukum Fardhu Kifayah, menyebabkan sesetengah daripada kita hari ini melepaskan tanggungjawab tersebut kepada orang-orang lain. Dalam erti kata yang lain, asalkan ada orang lain yang melaksanakannya, maka terlepaslah kita. Ini satu lagi pegangan dan fahaman puak-puak SUFAHA’ ( BODOH ) yang sengaja membuka ruang kepada dirinya menerjah ke pintu kesesatan. Seandainya semua orang berfahaman seumpama golongan BODOH ini, dimana akhirnya tidak ada seorang pun yang menyahut seruan azan serta mendirikan solat berjemaah di rumah-rumah ALlah, tidakkah nanti semua kita yang bersolat di rumah masing-masing akan dimurkai dan dilaknati olehNya? Tidakkah kita merasa gerun sekiranya pada pagi-pagi buta lagi sudah turun azab ALlah dari langit?
Semua orang tahu tentang kelebihan solat berjemaah berbanding solat berseorangan. Lebihan 27 kali ganda (dalam riwayat lain, Nabi SAW menyebut 25 ) bagi orang yang menyempurnakan solatnya secara berjemaah sudah cukup untuk membuktikan betapa BODOHnya kita sekiranya masih mendirikan solat secara berseorangan. [ Sila muat turun dan ikuti kuliah Maghrib saya yang bertajuk “Uzur yang dibenarkan meninggalkan solat berjemaah” dari laman blog surau Al-Hidayah ].
Kalau budak tadika pun pandai memilih untuk memperolehi 27 berbanding 1, takkan kita yang bergelar ‘Bapak Tadika’ masih lagi nak berkira-kira. Tak malukah kita kerana masih tetap mengejar pahala yang satu sedangkan 27 pahala sedang sedia menanti?
Sesungguhnya azan yang dilaungkan di muka bumi ini dengan penuh keikhlasan akan sampai ke pendengaran penghuni langit. Malaikat akan beramai-ramai memohon keampunan untuk si muazzin di atas usahanya memanggil dan mengajak manusia lain agar datang ke rumah ALlah bagi menunaikan solat secara berjemaah. Begitulah juga dengan setiap mereka yang melangkah keluar dari rumah masing-masing menuju ke tempat di mana azan tadi dilaungkan. Semuanya akan didoakan oleh para malaikat yang menghuni langit dan makhluk-makhluk lain yang berada di sekeliling hatta tanah dan batu yang dijadikan tempat berpijak.
Orang-orang yang mendengar seruan azan tetapi sengaja memekakkan telinga serta tidak pula mahu menyahutinya, itulah orang yang menyombongkan diri di hadapan ALlah SWT. Kesombongan seperti ini, yang banyak diceritakan di dalam Al-Qur’an akhirnya akan menyebabkan manusia itu dihumban ke dalam Neraka Jahannam dan mereka akan menyesalinya dengan seribu penyesalan. Mereka akan memohon, merintih, merayu dan memanggil-manggil ALlah SWT agar diampunkan segala dosanya atau dikembalikan semula ke dunia untuk menebus segala kecuaian yang pernah dilakukan.
Maka menjawablah ALlah SWT : “Sewaktu di dunia dahulu, engkau sombong terhadap panggilan Aku. Lima kali sehari semalam Aku memanggil, menyeru dan mengajak engkau supaya datang ke rumahKu, menyembah Aku bersama-sama hambaKu yang lain..tetapi engkau angkuh, biadap, sombong dan lebih mementingkan kehidupan duniamu yang langsung tidak ada nilainya di sisi Aku. Maka pada hari ini, bagaimana aku hendak menjawab panggilan dan rintihanmu itu?”. WalLaahu A’lam !

No comments:
Post a Comment