Rahmat dan nikmat ALlah, bila pandai digunakan maka akan bertambahlah lagi. Begitulah dengan apa yang sedang berlaku di tanah Bandar Warisan Puteri sekarang. Satu persatu rahmat ALlah mula menuruni dan membasahi bumi BWP. Terkininya, dengan pembukaan PASTI Al-Mawaddah, satu lagi nikmat akan bakal dikecapi terutama oleh anak-anak yang ketandusan ilmu Al-Qur'an.
Pihak surau dengan kerjasama PASTI Al-Mawaddah akan mengadakan Kelas Al-Qur'an Harian, terbuka kepada semua anak-anak penduduk BWP yang ingin mendalami ilmu tersebut.
Kelas Al-Qur'an ini akan dijalankan pada setiap hari (kecuali Sabtu) bermula jam 8 hingga 9.30 malam bertempat di Pasti Al-Mawaddah.
Dengan bayaran bulanan sebanyak RM30, saya optimis bahawa ibu bapa tidak akan berfikir panjang..
Marilah kita sama-sama pastikan anak-anak kita mahir ilmu Al-Qur'an ni..yang senang nanti, kita jugak. Takdir kalau kita mati, anak tak pandai pun nak baca Yaasin, tak ke menyesal sampai ke padang Mahsyar?
Kalau bukan untuk senang kita pun, senang untuk anak-anak pun dan memadai..maklumlah cabaran akan datang di zaman anak-anak membesar nanti, tidak lagi macam cabaran hari ini. Tentu makin bertambah teruk lagi .. jadi, berilah perisai yang padu kepada iman anak-anak kita agar mereka tidak tersasar dari landasan hidup yang sebenar..
Kelas akan bermula pada 01 November ini. Dah ramai yang daftar..jangan tunggu lama-lama !!

No comments:
Post a Comment