Thursday, October 22, 2009

AWAS KEJADIAN PECAH RUMAH BERLAKU LAGI

Semalam saya ada terima satu SMS daripada Ust Najmi, bahawa sebuah rumah di Villa Suria (Semenanjung Gaza) telah dipecah masuk melalui pintu belakang, dimana tuan rumah diikat dan dipaksa menyerahkan wang tunai dan apa sahaja yang boleh dijadikan harta rompakan.

Pagi tadi pula, maklumat lebih lengkap diperolehi apabila Tn. Haji Ramli menghantar SMS bahawa rumah tersebut ialah milik Dr. Halim (No. 636) -maaf, saya belum mengenali beliau kerana beliau belum mendaftar sebagai ahli surau -

Dalam masa yang sama, rumah Pengarah JBA/SAINS di Taman Perwira juga dipecah masuk.

Syukurlah dalam kedua-dua insiden malang itu, tiada yang dicederakan.

Nampaknya sekali lagi ketakutan akan mengelubungi kita..Bukan cuai kita lagi dah..Pintu pagar dah dimanggakan, grill dah dikunci, pintu dan diselak..namun tetap dimasuki si perompak jahanam. Kata orang, kalau nak jadi, ikhtiar macam mana pun, tetap akan jadi.

Tak ada cara atau ikhtiar lain lagi kah? Apa kata kalau saya cadangkan kita berikhtiar cara seperti yang diajar oleh Islam pula? Antaranya seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW : "Peliharalah ALlah, nescaya ALlah akan pelihara kamu".

Saya tak dapat terangkan dengan panjang lebar dalam blog ini. Dalam kuliah saya akan datang nanti, akan saya perincikan..

No comments:

Post a Comment