Saturday, October 10, 2009

PENUBUHAN PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) DI BWP

Alhamdulillah.. Syabas dan tahniah diucapkan kepada beberapa orang penggerak yang akhirnya berjaya merealisasikan kewujudan Pusat Asuhan Tunas Islam ( PASTI ) di Bandar Warisan Puteri.

Kini, ibu bapa di BWP telah mempunyai alternatif dan peluang untuk menghantar anak-anak mereka mempelajari ilmu asas agama Islam sejak dari usia setahun jagung lagi.. Dengan tertubuhnya PASTI AL-MAWADDAH Bandar Warisan Puteri, yang bertempat di Puteri Emas, saya percaya ibu bapa kini boleh menarik nafas lega yang cukup panjang.. Ye lah..ibu bapa mana yang tak nak tengok anak masing-masing bertudung litup atau berseluar panjang serta berkopiah/bersongkok setiap kali keluar dari rumah menuju ke sekolah atau ke taman permainan? Sejuk hati ibu dan bapa apabila anak pulang dari sekolah, pandai baca iqra' dan doa-doa ringkas..Bahkan mungkin ada ibu bapa yang tak tahu pun doa apa yang dibaca oleh anak mereka tu..

Saya dimaklumkan PASTI AL-MAWADDAH ini akan beroperasi pada awal 2010 akan datang, tetapi pendaftarannya telah pun dibuka mulai sekarang.

Sekarang, kita dah ada dua pilihan; sama ada nak hantar anak kesayangan kita ke TADIKA/TABIKA atau ke PASTI..Terserahlah kepada ibu bapa masing-masing..sebab merekalah yang akan mencorakkan masa depan dan agama anak masing-masing. Tersilap pilih lalu anak jadi meraban tak tentu hala, siaplah ibu bapa.. esok akan dipersoalkan oleh ALlah dan didakwa oleh si anak itu sendiri..

Kalau ditanya kepada saya, jawapan saya sudah tentu saya akan hantar anak saya ke PASTI..Kenapa? Kerana saya telah mengikuti perbezaan anak-anak saya yang saya pernah hantar ke TABIKA dan seorang lagi tu, saya hantar ke PASTI. Bezanya..umpama langit dunia dan Sidratul Muntaha.. Sehingga ke hari ini, saya masih lagi mengucapkan terima kasih kepada guru PASTI tempat anak saya pernah belajar dahulu..dan anak saya sekarang, berada di Tahun 6 dan ke Tingkatan 1 pada tahun hadapan..

Sekali lagi, untukmu guru-guru PASTI, jazakumuLlaahu Khairan..kerana memberikan asas ilmu al-Qur'an, jawi dan Bahasa Arab kepada anak saya..

Tuan/Puan yang berminat nak hantar anak-anak ke PASTI AL-MAWADDAH BWP ini, sila hubungi no h/phone : 012-6902567, 012-3575374 untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci.

PASTI AL-MAWADDAH juga menawarkan jawatan sebagai Guru dan Pembantu Guru (perempuan sahaja). Jika ada yang berminat untuk memohon, sila hubungi no h/phone yang sama seperti di atas.

"KEJAHILAN ANAK-ANAK MASA DEPAN, KEBEBALAN IBU BAPA HARI INI"

No comments:

Post a Comment