Kejadian aneh yang berlaku di sekeliling kita hari ini bukanlah satu perkara MUSTAHIL atau sukar bagi ALlah SWT.
Komentar yang diberikan oleh beberapa orang tokoh agama, seperti Sahibus Samahah Mufti Kelantan : “tiada sebarang keanehan atau boleh dianggap pelik ekoran penemuan sejadah terbabit, kerana ia boleh dilakukan oleh sesiapa saja. Apa peliknya sejadah dalam kedudukan seperti itu (disusun seperti solat berjemaah) boleh dibuat sesiapa saja, kecuali jika (ada sejadah) terbang dan ada orang menyaksikannya sendiri” dan Mufti Perak bahawa “kejadian pelik seperti itu tidak boleh dipercayai dan membuat tafsiran sendiri yang boleh menyebabkan akidah seseorang itu terpesong”, memang ada asasnya.
Kedua-dua mufti tersebut bimbang seandainya orang ramai terpengaruh dengan perkara-perkara yang boleh membawa kepada khurafat atau syirik. Mufti Kelantan mendakwa “ia boleh dilakukan oleh sesiapa saja” kerana kedudukannya yang terjelepuk di atas lantai..tapi apa komen dan penjelasan beliau apabila sehelai sejadah kelihatan seolah-olah sedang duduk tasyahhud seperti yang berlaku di sebuah rumah pasangan suami isteri di Bukit Mertajam? Siapa yang boleh jadikan kedudukan sejadah seperti itu?
Mengapa tidak sahaja diakui bahawa kejadian-kejadian aneh seperti itu sebagai satu petanda kekuasaan ALlah SWT selain ianya menjadi peringatan kepada manusia bahawa dunia kini telah menghampiri penghujung hayatnya? Sekurang-kurangnya berilah amaran kepada manusia supaya menambahkan lagi ketaatan mereka kepada ALlah dengan mengerjakan solat (sebaiknya secara berjemaah).
Kalau sejadah dah pandai solat atau solat berjemaah, kita manusia ni..bila lagi? Nak tunggu sejadah tu berdiri tegak, baca Al-Fatihah lalu diaminkan oleh sejadah-sejadah lain, baru kita percaya dan akhirnya baru pakat ramai-ramai nak ke surau/masjid? Tidak cukupkah lagi dengan peringatan yang diberikan sebelum ini? Mengapa perlu tunggu kejadian-kejadian aneh baru kita nak dekatkan diri kepada ALlah SWT?

No comments:
Post a Comment