
Kuliah tersebut terbahagi kepada 2 sesi iaitu Kelas Fardhu A'in (jam 8.30-10.30 pagi) dan Kelas Al-Qur'an (jam 10.30 - 11.30 pagi).
Semua kaum ibu dan anak-anak remaja perempuan dialu-alukan untuk mengikuti kuliah ini. Bayaran sebanyak RM30 sebulan dikenakan (tapi jangan bimbang..kerana pembiayaan mengikuti kuliah anak akan ditanggung oleh para suami dan bapa yang tersayang).
Semoga usaha kecil ini akan membuahkan satu hasil yang amat besar demi pembangunan dan pembentukan sebuah masyarakat Islam contoh di negeri ini.
No comments:
Post a Comment