Saturday, October 24, 2009

NASI LEMAK ENCIK HALIM KEMBALI BEROPERASI


Setelah didesak berkali-kali serta diugut untuk mengadakan demonstrasi aman di hadapan rumah, akhirnya Encik Halim Puteri Emas terpaksa akur dengan kehendak masyarakat setempat.

Encik Halim yang dah mula terkenal dengan nasi lemak 'super power'nya cuti berniaga sejak Ramadhan baru-baru ini sehingga semalam (23 Okt 2009). Cuti rehat yang tersangatlah panjang itu telah menyebabkan komuniti di BWP sering bermasalah terutama untuk mendapatkan bekalan sarapan pagi mereka. Ramai yang saya temui menanyakan perihal gerai nasi lemak Encik Halim yang masih bercuti.

Walau apa pun, kita ucapkan terima kasih kepada beliau kerana telah berjaya membantu memudahkan persediaan sarapan untuk kita dan anak isteri di rumah.

Kepada Encik Halim, jangan pandang kecil terhadap usaha anda..kecil bagi anda, tetapi amat besar bagi kami (sebenarnya "Saya") yang tidak ada masa nak masak pagi-pagi kat rumah..maklumlah, jam 6.40 pagi dah keluar rumah.

Kita sama-sama doakan semoga beliau diberikan kekuatan dan keseronokan untuk membantu menyahut seruan fardhu Kifayah di BWP ini. Juga didoakan semoga diberikan ALlah keberkatan di dalam mencari rezeki yang halal. Aamiin !

No comments:

Post a Comment