Tuesday, September 28, 2010

IKLAN TERKINI KELAS PENGAJIAN AGAMA HARIAN SEMPENA CUTI SEKOLAH

Insya'ALlah, Biro Pendidikan dan Dakwah, Surau Al-Hidayah, Bandar Warisan Puteri akan menganjurkan Kelas Pengajian Agama Harian khas untuk anak-anak tahap II sekolah rendah daerah Seremban ( lelaki dan perempuan ) pada musim cuti persekolahan akhir tahun ini.

Kelas tersebut akan bermula pada 22 November hingga 24 Disember 2010 ( jumlah hari belajar : 25 hari ), setiap Isnin hingga Khamis, jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan hari Jumaat, 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Seramai 6 orang guru agama dan seorang guru pakar Bahasa Inggeris akan dijemput untuk menjayakan kelas ini.

Antara pengisian kelas ialah :

Bacaan dan hafazan Quran

Amali Solat

Latihan Imam Kecil

Latihan Puasa Sunnat Isnin dan Khamis

Syarahan dan Kuliah Agama

Ibu bapa atau penjaga yang berminat untuk menghantar anak-anak mengikuti kelas ini, bolehlah mendapatkan pamplet dan borang penyertaan daripada Ust Hj. Kamal. Bayaran penyertaan ialah RM150 sahaja ( tidak termasuk makan minum ).

Penyertaan terhad kepada 30 orang sahaja. Tarikh tutup ialah pada 15 November 2010 tetapi bergantung kepada sistem 'FIRST COME, FIRST SERVE' atau 'SIAPA CEPAT DIA DAPAT'. Penyertaan akan ditutup sebaik sahaja mencukupi 30 orang peserta.

Sekian, untuk makluman tuan/puan jua.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi : Ust Hj. Kamal, 017-6150169

1 comment:

  1. Assalamualaikum w.b.t

    Saya Amelia dan saya baru berjinak2 membuat perniagaan training @ summer camp bagi budak2 sekolah.
    setakat tahun ini dah 2 kali saya menganjurkan program cuti sekolah ini iaitu pada cuti sekolah bulan 3 dan 6. Nawaitu saya dan rakan kongsi saya membuat program ini adalah ingin mengembalikan kembali perasaan anak2 kita sekrang yang sudah terpesong terlalu jauh ke duniaan dan mereka yakin apa yang perbuatan mereka iniadalah betul dan dengan tidak sengaja mereka juga telah menghancurkan perasaan ibubapa mereka.
    saya amat berminat untuk membuat program 3hri 2 mlm ini, tanpa saya tidak mempunyai tenaga yang bertauliah dalam menjayakan program ni. sekiranya pihak tuan ada yang sudi ingin berkongsi pengalaman untuk menjayakan program ni. Kami baru sahaja berkecimpung dlm perniagaan ini.

    sekian terima kasih

    saya amelia 012-338 6605

    ReplyDelete