Thursday, October 28, 2010

TAHNIAH KEPADA DATO' SERI PERDANA MENTERI @ 'AMIRUL MUKMININ MALAYSIA'

Ketika masyarakat pening kepala memikirkan cara bagaimana nak selesaikan masalah sosial yang semakin menggila di negara, khalifah negara Islam kita, 'Amirul Mukminin' Dato' Seri Najib Razak melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) telah mengeluarkan cadangan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam, dengan alasan untuk memacu industri pelancongan negara. Antara langkah untuk mencapai hasrat tersebut ialah dengan menubuhkan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama dan melonggarkan garis panduan untuk penghibur luar negara.

Apa ni wahai tuan 'Amirul Mukminin'? Apakah cadangan ini telah dibawa ke meja perbincangan dengan Mufti, panel syariah, penasihat agama, JAKIM atau sekurang-kurangnya dengan kumpulan ulama muda UMNO? Mereka semua tu dah setuju ke? Janganlah buat sesuatu tu nak ikut kepala sendiri sahaja.. Fikirkanlah implikasi negatifnya ke atas masyarakat dan hamba rakyat.

Kes remaja berzina, buang anak, anak tumbuk ibu sendiri sampai koma, anak pulaukan mak bapak sendiri, kemiskinan rakyat hingga terpaksa berumahtangga di bawah jambatan dan banyak lagi yang perlukan penyelesaian.. tiba-tiba tuan 'Amirul Mukminin' nak suburkan budaya hiburan malam pulak?

Bukan saya seorang sahaja yang bengang dan hairan..benarlah seperti kata Dr. Osman Maamor dari PPIM, kalau macam ni lah gaya pemerintahan dan pendekatan mesra rakyat tuan 'Amirul Mukminin' kita sekarang, just wait for the next PRU je laah..kita bungkus semua yang tak guna dan digantikan dengan mereka yang lebih berfikiran untuk mengislahkan rakyat..

Harap tuan 'Amirul Mukminin' kita tidak lagi mengeluarkan idea-idea seperti ini seperti cerita penganjuran busana Islam naungan 'Ummul Mukminin' di Monte Carlo baru-baru ini..hancur dan malu kita semua sebagai rakyat negara Islam Malaysia.

1 comment:

  1. Sallam,

    Jika benar, adalah lebih baik tuan kemuka kan bukti dalam bentuk apa jua supaya kami lebih terkesan.

    Jika tiada bukti (hanya cakap2 atau omongan orang2 tertentu) maka hentikan. Kita takut terjerat di dalam fitnah yang dosanya amat besar dan hukuman akhiratnya amat berat.

    Samada seseorang itu bersalah atau tidak, ia tidak boleh sama sekali diaibkan.

    Lupakah kita di akhirat kelak akan ada ramai umat Islam yang muflis.

    Saya mencadangkan, agar portal ini tidak menyentuh atau membincangkan sesuatu isu yang mengaitkan nama seseorang. Betul atau tidak, takut menjadi satu fitnah.

    Kita semua adalah sama, yang membezakan kita hanyalah iman dan takwa.

    Hari ini kita rasa kitalah yang paling beriman dan benar segala segi TAPI esok belum tentu.

    Andainya kita ikhlas, berdoalah untuk semua umat manusia agar Allah swt memberi pertunjuk dan hidayahNYA agar kita semua hidup dan mati dalam kalimah LAAILAHAILLALLAH.

    Ikhlas dari saya.

    Zambri

    ReplyDelete